CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 1

Hitler punca Fox tak bintangi ‘Transformers’

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktres seksi samakan pengarah Michael Bay dengan pemimpin NaziLONDON: Pengarah terkemuka Hollywood, Steven Spielberg dilaporkan meminta aktres seksi, Megan Fox digugurkan daripada filem Transformers: Dark of the Moon kerana menghina pengarah, Michael Bay.\rSpielberg yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan dilaporkan marah apabila aktres itu dalam satu temubual menyamakan Bay dengan Adolf Hitler di set penggambaran, lapor berita web.\r\n\n\n\n\r   “Pecat Fox sekarang,” kata Spielberg menyebabkan aktres berusia 25 tahun itu digantikan oleh model British yang juga aktres, Rosie Huntington-Whiteley.\r\r\n\n\n\n\n   Filem ‘Transformers’ terbabit bakal ditayangkan pada 4 Julai ini. Spielberg adalah pengarah eksekutif filem itu.\rFox sebelum ini berkata bahawa beliau meninggalkan siri Transformers itu kerana mahu mengejar peluang berlakon lain.\rBay mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam temubual dengan majalah GQ bagi edisi Julai.\rSemuanya bermula apabila Fox dalam temubual dengan majalah Wonderland Magazine di London sebelum penggambaran filem berkenaan bermula, berkata:\r\n\n\n\n\r“Bay mahu jadi seperti Hitler di set dan beliau sememangnya demikian. Beliau adalah satu mimpi buruk apabila bekerja tetapi apabila beliau di luar set dan tidak menjadi pengarah, saya amat suka personalitinya. Cuma, beliau langsung tidak mempunyai kemahiran bersosial,” kata Fox.\rWalaupun Bay selepas itu dikatakan tidak mengambil kisah komen Hitler itu tetapi pendedahan berkenaan akhirnya menjejaskan segala-galanya mengapa Fox tidak beraksi dalam filem terbaru Transformers.\rAktor Shia LaBeouf yang turut berlakon bersama Fox memberitahu GQ: “Dia memburuk-burukkan kapten. Sepatutnya anda tidak boleh berbuat demikian.”\rItu bukanlah kali pertama Fox berperang mulut dengan pengarahnya. Malah, pada 2009 juga Fox memberitahu Entertainment Weekly bahawa ‘bekerja dengan Bay bukanlah satu pengalaman berlakon.”\rSelepas itu, Bay bertindak membalas ulasan Fox. “Beliau mengatakan perkara yang mencemuhkan kerana beliau berusia 23 tahun dan masih banyak perlu belajar,” kata Bay kepada Wall Street Journal.\rBay turut menyenaraikan beberapa pelakon yang mencipta nama dengan bantuan beliau antaranya termasuk Ben Affleck, Will Smith dan Nicolas Cage.\r“Tiada sesiapa di dunia mengenali Megan Fox sehingga saya menemuinya dan mengambilnya untuk Transformers. Saya rasa saya mempunyai tuah dengan membina karier pelakon menerusi filem arahan saya,” katanya. – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 02:03 PM | Show all posts
Yahudi spelburger tersentap dengar nama hitler.... Yo speelberg Hitler! Hitler! Hitler!...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.351868 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list