View: 1735|Reply: 4
|
Jepun rugi RM639.94 bilion akibat tsunami!
[Copy link]
|
|
TOKYO - Kerosakan bangunan, jalan raya dan pelabuhan akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu menyebabkan Jepun mengalami kerugian 16.9 trilion yen (RM639.94 bilion), kata Pejabat Kabinet Jepun semalam.
Kerosakan rumah dan kilang dianggarkan sekitar 10.4 trilion yen (RM393.80 bilion) manakala kerosakan pada sungai, pelabuhan dan jalan raya dijangka mencecah 2.2 trilion yen (RM83.3 bilion).
Kemusnahan tanah ladang dan industri perikanan dianggarkan berjumlah kira-kira 1.9 trilion yen (RM71.9 bilion). Kerosakan infrastruktur untuk utiliti seperti gas dan air dianggarkan sebanyak 1.3 trilion yen (RM49.3 bilion). Kemudahan-kemudahan milik kerajaan mengalami kerosakan yang dianggarkan melibatkan kerugian sebanyak 1.1 trillion yen (RM41.66 bilion). - Reuters |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
japorn senang je nak develop balik sbb negara tu byk modal insan yg berguna dan tak byk korupsi cam negara kita. |
|
|
|
|
|
|
|
cam ner negara jepon cepat membangun selepas diranapkan time WW2 dulu.... dan conquer the world's economy
sure negara jepon akan cepat membangun balik lepas tsunami ... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia lak rugi berapa bilion sebab ketirisan... |
|
|
|
|
|
|
|
org kata kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai |
|
|
|
|
|
|
| |
|