View: 257|Reply: 0
|
'Kini giliran kami pula'
[Copy link]
|
|
Safee tekad terajui Harimau Malaya susuli kejayaan skuad Olimpik\r\"SEKARANG giliran kami pula tunjuk taring,\" kata Safee Sali.\r\n\n\n\n\r Nada pertuturan penyerang skuad Harimau Malaya itu bermaksud mahu mencontohi jejak langkah anak didik Ong Kim Swee yang berjaya mara ke pusingan ketiga, kelayakan Olimpik tempoh hari.\r\r\n\n\n\n\n Penyerang Selangor yang kini beraksi dalam Liga Indonesia mewakili Pelita Jaya menyuarakan tekad besar mahu membantu pasukan senior negara pula merakamkan kemenangan apabila menentang Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia di laman sendiri, Rabu ini.\r“Pemain Harimau Muda negara sudah membuktikan kemampuan sebenar layak ke peringkat terakhir kelayakan Olimpik, kini tiba giliran kami (skuad senior) pula mengorak langkah sama dalam saingan kelayakan Piala Dunia nanti,” kata Safee yang kini menjalani latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).\rMalaysia pimpinan Datuk K Rajagobal akan bertemu Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam Rabu ini, diikuti perlawanan timbal balik di gelanggang lawan pada 3 Julai ini. Jika melepasi halangan Taiwan, Harimau Malaya akan bertemu Singapura pada pusingan seterusnya.\r“Kali ini keadaan sedikit berbeza. Pemain muda negara sudah menyuntik inspirasi kepada kami dalam skuad senior untuk mencatat kejayaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia ini. Saya harap kami dapat mengikut jejak kejayaan mereka,” katanya.\r\n\n\n\n\rSafee yang dinobatkan selaku penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu, berpindah ke Jakarta untuk menyertai kelab Pelita Jaya FC yang rata-rata pemainnya masih muda dan kurang pengalaman.\r“Selama berada di Jakarta, saya tidak pernah lupakan saat manis bersama skuad kebangsaan dan apabila sekali lagi diberi peluang mewakili negara, saya rasa gembira tidak terhingga. Saya berjanji akan membalas kepercayaan itu apabila turun beraksi di Bukit Jalil Rabu ini,” katanya.\rNamun sejak kehadiran Safee, kelab yang berada di tangga tercorot selepas tamat pusingan pertama saingan liga itu mendadak naik dengan bekas penyerang Selangor itu muncul sebagai penjaring utama pasukan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|