CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6252|Reply: 11

Drama Bersiri Makbul - TV2 - 9 Mlm (Khamis) Mulai 7 April 2011

[Copy link]
Post time 30-6-2011 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon veteran sandaran MakbulOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
[email protected]
Gambar JEFFRI IRAN

TERAJU...  Kartina Aziz dan Jalaluddin Hassan merupakan pelakon utama yang membintangi Makbul.



PAPARAN kisah unik masyarakat dijadikan plot utama penceritaan sesebuah drama mahupun filem tempatan jarang dipertontonkan di kaca televisyen (TV).

Menyedari industri drama tanah air ketandusan idea-idea yang sebegitu, Unit Drama Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sentuhan terbaru dengan menghasilkan Makbul, sebuah drama bersiri yang bergenrekan kemasyarakatan serta penuh dengan elemen keislaman.

Menariknya, Makbul bukanlah seperti drama komersial biasa yang sering berpaksikan cinta antara remaja. Sebaliknya, ia mengetengahkan kisah kealpaan manusia dalam mengamalkan doa untuk mencapai hajat mereka.


Drama yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu dijangka menjadi bualan ramai kerana tema yang disajikan cukup dekat dengan jiwa komuniti kini.

Lebih menarik, bintang utama siri itu ditunjangi oleh pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Khatijah Tan dan Fathil Dani.

Menurut pengarah siri berkenaan, Asri Alias, walaupun Makbul tidak banyak memper-taruhkan barisan pelakon muda, dia yakin kesegaran jalan cerita yang diketengahkan mampu menarik minta audiens.

"Saya percaya, jalan cerita yang disertakan dengan skrip yang kuat mampu membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
"Ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon veteran, Makbul boleh memberi kelainan kepada audiens," katanya pada majlis pratonton drama tersebut di Wisma TV RTM, baru-baru ini.


Selain itu, penampilan seorang muka baru, Yushazizi Yusof yang memegang watak Bol menjadi taruhan utama Asri dalam drama ini.

Walaupun pertama kali berlakon di kaca TV, bakat yang ditonjolkan Yushazizi menerusi Makbul cukup mengkagumkan.
Jelas Asri, Yushazizi adalah aktivis teater negeri Kedah. Jadi, kemampuannya menghayati watak Bol, seorang pemuda kampung yang lurus bendul sangat menyerlah.

"Saya yakin, lakonan Yushazizi berjaya memberi impak kepada para audiens dan mengasihani watak Bol yang dibawakannya," tambah Asri.

Turut berlakon dalam drama ini ialah Mubarak Majid, Zakaria Yusoff, Wan Maimunah, Zulkifli Ismail, Kazar Saisi, Sheila Mambo, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.

Skrip Makbul ditulis oleh Zabidi Mohamed dan 90 peratus penggambarannya dijalankan di Yan, Kedah. Ia ditayangkan setiap Khamis pukul 9 malam di TV2 mulai 7 April lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

facebook : http://www.facebook.com/pages/ma ... 67537256708?sk=wall

blog : http://makbul-theseries.blogspot.com/

dramanya mmg best. Watak bol mmg terbaik..lagu tema dia Ku Mohon Padamu pun sedap didengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2011 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by mr_base at 30-6-2011 23:20

Lagu Tema Drama Makbul






KU BERMOHON PADA MU

ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…

KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..
TETAPKAN IMAN KU SENTIASA PADA MU
BERSERAH PADA MU
SESUNGGUHNYA
SOLAT SERTA IBADAHKU
HIDUP DAN MATIKU
HANYALAH UNTUK MU
HANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..

LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
TIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU
LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA

LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN
KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT

AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…

Penyanyi: Boy B4
Lagu: Rosli Selaseh
Lirik: Danish Muhammad Iman

http://makbul-theseries.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:20 PM | Show all posts
memang menarik, tp agak kurang promosi kot sbb tu tak ramai yg tgk..
kdg2 rasa nak gelak, tp ada juga rasa sedih...mgkin sbb pelakon2 yg
ada dlm citer ni tak glamer..yg orang kenal pn, Jalaluden, Kartina, wan maimunah..
semua dh veteran kn..lain2 pelako rasanya org Kedah, sbb tu tak janggal dengar mereka
cakap loghat Kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 01:08 PM | Show all posts
wajib tgk cite ni tiap2 mlm jumaat...hmm ramai xminat kot pasal xde pelakon glamer2...cantek2...hensem2...tp lakonan diorg bes....xkayu langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 04:04 PM | Show all posts
best la jgk drama ni...tp org xtgok sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:01 AM | Show all posts
cite nie mmg byk pengajaran...tapi sayang x ramai yg tahu cite nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2011 05:23 PM | Show all posts
hubby bulat suke tul tgk citer ni...
dia kate paling dia suke si Bul tu sebab natural..
watak yg x dibuat2...

tp mmg ramai yg x tau... lgpun tv2 jarang org bukak...

tp ade 1 le bulat nk complain pasal tv2 ni...
time org azan Maghrib mesti dia bukak lagu2 patriotik..
hampehsss tulll...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 11:54 AM | Show all posts
habis dah kot last khamis.. semua dah tobat... ada part yg kelakar... tapi mmg banyak la memberi pengajaran... anak2 suka tengok cite ni pasal si Bol ngan mamat dia la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 11:56 AM | Show all posts
mmg TV2 ramai org tak tengok.. tapi ksall suka tengok citra hari jumaat kul 10.. selalu citer dia best2 gak.... pastu tengok first target plak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:03 PM | Show all posts
macamana ye ending cerita ni? If don't mind, boleh tak ceritakan semula.

Tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:30 PM | Show all posts
macamana ye ending cerita ni? If don't mind, boleh tak ceritakan semula.

Tq
uda Post at 20-7-2011 22:03


Inang tgh separuh jea episod mggu lepas...tak tahu episod akhir tp masa inang tgk tu
En. Anuar macam dh insaf, smpai pengsan2 dan kena masuk wad...Bul tu mcm biasa la,
mulut mmg selalu terlepas cakap, tak boleh simpan rahsia langsung
Inang tgk smpai sapa tu, pmpuan yg tak kawin lagi jumpa dgn duda..pastu ada hal
pulak..tak boleh tgk ending macamana, walhal pnya la ikut citer ni dari episod pertama
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 04:34 PM | Show all posts
ending dia kenduri kawin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.097228 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list