View: 135|Reply: 0
|
Djokovic takluk Wimbledon
[Copy link]
|
|
Rampas ranking nombor satu dunia\rLONDON: Novak Djokovic (atas) menewaskan juara bertahan Rafael Nadal 6-4, 6-1, 1-6, 6-3 untuk memenangi mahkota Wimbledon pertamanya semalam, sekali gus merayakan ranking sebagai pemain tenis nombor satu dunia yang baru.\r\n\n\n\n\r Ia adalah kemenangan Grand Slam ketiga pemain Serbia berusia 24 tahun itu, selepas menjuarai Terbuka Australia pada 2008 serta 2011, dan kemenangan ke-50nya daripada 51 perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n Djokovic yang menggantikan Nadal sebagai pemain nombor satu dunia hari ini, juga menggagalkan impian pemain Sepanyol yang menjuarai kejohanan di sini itu pada 2008 dan 2010, untuk memenangi Grand Slam ke-11.\rDjokovic hadir di final dengan rekod kekalahan 11-16 kepada Nadal dalam tempoh persaingan lima tahun mereka tetapi memenangi semua empat pertemuan pada 2011 dan semua pentas final.\rKelajuan servis mendominasi perlawanan hingga ke game ke-10 tatkala Nadal mendahului 30-0 tetapi menghadiahkan lawannya mata akhir pada set itu apabila melakukan kesilapan pukulan untuk Djokovic memenangi set pertama dalam masa 41 minit.\rPemain Serbia itu terus melakukan pukulan voli yang meyakinkan untuk memenangi set kedua 6-1.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun Nadal yang memenangi semua lima pertembungan lampau Grand Slam antara mereka, hanya berjaya memperoleh ‘break point’ pertamanya pada game kedua di set ketiga untuk menjarakkan diri 2-0, sebelum memenangi set itu.\rDjokovic bagaimanapun bangkit semula di set keempat untuk mendahului 2-0. Nadal gagal menyaingi pemain Serbia itu dan ketinggalan 3-5 ekoran pertahanan bijak Djokovic yang memaksa pemain Sepanyol itu melakukan kesilapan. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|