View: 127|Reply: 0
|
Kvitova bangga julang nama Republik Czech
[Copy link]
|
|
LONDON: Petra Kvitova (atas) mendedahkan dia mengalami suasana penuh emosi selepas saja bertemu bekas juara Wimbledon, Martina Navratilova dan Jana Novtona selepas menjadi pemain Republik Czech ketiga menjuarai acara perseorangan wanita kelmarin.\rJuara sembilan kali, Navratilova dan pemenang pada 1998, Novotna tampak kegembiraan di tempat duduk diraja selepas Kvitova mengejutkan pilihan dari Russia, Maria Sharapova 6-3, 6-4 untuk meraih kejuaraan Grand Slam pertamanya.\r\n\n\n\n\r Pemain 21 tahun itu yang lahir hanya beberapa bulan sebelum Navratilova memenangi kejuaraan Wimbledon terakhirnya 1990, menitiskan air mata selepas berjumpa dua idolanya itu selepas kemenangannya.\r\r\n\n\n\n\n “Mereka sungguh gembira, saya menangis selepas bertemu mereka,” kata Kvitova, pemain menduduki ranking kelapan dunia.\r“Sukar untuk meluahkan kata-kata apabila melihat pemain hebat di tempat duduk diraja. Ia sungguh istimewa apabila mereka menonton aksi dan menyokong saya sepanjang masa. Kami berpelukan sesama sendiri.”\rPemain kidal, Kvitova menunjukkan aksi kematangan yang membantunya menewaskan juara 2004, Sharapova, dengan servis serta beberapa pukulan rendah yang mantap.\r“Saya rasa saya bermain dengan baik pada mata penting. Saya berjaya meraih mata yang penting,” kata Kvitova.\r\n\n\n\n\rKemenangan itu menunjukkan kemaraan mendadak Kvitova dalam tempoh 12 bulan sejak dia ditewaskan oleh Serena Williams di separuh akhir tahun lalu.\r“Tahun lalu, saya tidak punyai banyak peluang untuk menang. Serena bermain sungguh baik. Ya, saya masih muda dan saya tidak fikir bahawa saya boleh menewaskannya,” katanya. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|