Batu Pahat - Dalam pusingan pertama Liga Bola Tampar Malaysia yang tamat di Batu Pahat baru-baru ini, UKM telah mendahului liga lelaki dengan memenangi kesemua perlawanan mereka. Di tempat kedua, Sekolah Sukan Bukit Jalil yang turut memenangi kesemua perlawanan mereka tetapi berada di tangga kedua atas perbezaan kadar mata. Manakala dalam liga wanita pula, Sekolah Sukan Bukit Jalil menduduki tangga pertama liga dengan memenagi kesemua perlawanan mereka 3-0.
Liga Bola Tampar Malaysia akan menemui anda di Stadium Han Chiang, Pulau Pinang pada 16-17 hb Julai ini.
Berikut adalah keputusan penuh kesemua perlawanan di Batu Pahat:
Liga Bola Tampar Lelaki:
UKM kalahkan Segamat 3-0 (25-17, 25-22. 25-16)
SS Bukit Jalil kalahkan Sibu 3-0 (25-17, 25-20, 25-20
MBSA kalahkan ATM 3-1 (25-23, 25-27, 25-12, 25-13)
SS Tengku Mahkota Ismail kalahkan Perlis 3-0 (25-19, 25-15, 25-23)
UKM kalahkan Sibu 3-1 (25-21, 25-23, 12-25, 25-20)
MBSA kalahkan Perlis 3-0 (25-11, 25-19, 25-13)
SS Bukit Jalil kalahkan ATM 3-1 (26-24, 16-25, 25-18, 27-25)
Sibu kalahkan Segamat 3-1 (25-19, 25-20, 16-25, 25-17)
UKM kalahkan SS Tengku Mahkota Ismail 3-0 (25-16, 25-15, 25-20)
SS Bukit Jalil kalahkan MBSA 3-1 (20-25, 25-13, 25-21, 25-14)
Liga Bola Tampar Wanita:
PDT Pahang kalahkan E-GLOBEX 3-1 (16-25, 25-15, 25-23, 25-23)
SS Bukit Jalil kalahkan Sibu 3-0 (25-8, 15-13, 25-19)
PDT Pahang kalahkan Sibu 3-0 (25-13, 25-18, 25-20)
SS Bukit Jalil kalahkan ATM 3-0 (25-4, 25-10, 25-8)
Ada antara pemain dari Thailand ini menyertai Liga Bola Tampar Malaysia sebagai pemain import...
Gambar perlawanan antara Bukit Jalil dan Sibu
Yang rupa seperti aktor Korea Selatan ini ialah pemain tinggi lampai (1.94 m) yang pernah mewakili negara di Sukan SEA 2010 dan sekarang mewakili MBSA.
Analisa permainan: Sistem penerimaan servis pasukan UKM dan Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sistem yang digunakan oleh kedua-dua pasukan ini merupakan sistem terbaru yang hanya menggunakan tiga pemain sahaja dalam hampir 95% penerimaan servis. Sistem ini digunakan dengan cemerlang oleh pasukan USA dalam Sukan Olimpik 2008 dan berjaya mengalahkan Brazil untuk memenangi pingat emas.
Sistem ini dipanggil, "swing hitter system" kerana pemain ace spikers boleh menyerang dari pelbagai posisi setelah melakukan hantaran pertama kepada setter. Dalam sesetengah kombinasi, pemain ace spiker yang berada di barisan hadapan boleh menyerang dari bermula dari tengah gelanggang bergerak keluar berbanding serangan biasa di mana ace spiker mengambil langkah dari luar dan menyerang masuk ke dalam.
Imej ini menunjukkan susunan pemain dalam Rotation 1 dan Rotation 4.
Video ini pula menunjukkan cara UKM menggunakan sistem ini dalam Set 1 perlawanan akhir MASUM 2011.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, saya cuba jawab. Pasukan saya juga menggunakan sistem ini dan kadar hantaran pertama kami yang tepat meningkat dengan amat baik walaupun pada awalnya agak kekok untuk membiasakan diri dengan susunan pemain sebegini.
Liga Bola Tampar Malaysia 2011 – Pusingan Kedua di PulauPinang
Liputan Hari Pertama
PulauPinang: Setelah pembukaan pusingan pembukaan Liga Bola Tampar Malaysia 2011yang telah berlalu di Batu Pahat minggu lepas, pusingan kedua menyaksikanpasukan-pasukan bola tampar terunggul di Malaysia meneruskan saingan di PulauPinang. Pendahulu liga adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (lelaki) danSekolah Sukan Bukit Jalil (wanita).
Dalam perlawanan pembukaan, AngkatanTentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh pemain veteran berpengalaman, MuradSulaiman berjaya mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Sekolah SukanTengku Mahkota Ismail (SSTMI) 3-0 dengan mata 25-14, 25-14, 25-23. Dalamperlawanan seterusnya, wakil tunggal dari Sarawak, pasukan Sib uterus mencatatkanpeningkatan prestasi dengan menewaskan Perlis 3-0 dengan mata 25-10, 25-19,25-16. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunjukkan prestasi yang dominantdengan menewaskan Kelab Sukan Segamat (KSS) setelah tewas set pertama. MBSAyang diwakili oleh pemain kebangsaan, Ng Wai Kit dan Tan Qee Han menang 3-1dengan mata 23-25, 25-11, 25-12, 25-14.
Perlawanan paling sengit bola tamparlelaki ialah di antara dua pasukan teratas liga, UKM dan SSBJ yang menyaksikanSSBJ mendahului UKM dengan memenangi dua set yang pertama. UKM bangkit denganserangan seimbang yang dilancarkan oleh ‘setter’ cilik 169 cm, Vaashutthevaandan berjaya memenangi set ketiga. Perlawanan sengit berterusan hingga ke setpenentuan apabila UKM berjaya mencuri kemenangan set keempat. Dalam setpenentuan, pengalaman dan pertahanan kental UKM menyaksikan SSBJ kecewa apabilaUKM menang dengan mata keseluruhan 24-26, 22-25, 25-22, 25-23, 17-15.
Dalam perlawanan pasukan wanita,E-GLOBEX yang diwakili oleh empat pemain bola tampar pantai negara – Beh ShungTing, Luk Tech Hua, Luck Teng He dan Iswari A/P Manokharan berjaya menumpaskanpendahulu liga SSBJ 3-1 dengan mata 25-14, 26-24, 21-25, 25-16.
Liga Bola Tampar Malaysia akanditeruskan esok dengan baki perlawanan dijadualkan antara 9:00 pagi hingga 7:00malam. Masuk percuma dan anda boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan bolatampar yang menarik di Stadium Tertutup Han Chiang, Pulau Pinang.
Pusingan kedua di Pulau Pinang berakhir dengan Sibu mendahului dari segi kutipan mata (10 mata) tetapi bermain lebih satu perlawanan. Tiga pasukan terkuat - MBSA, Sek Sukan Bukit Jalil dan UKM masing-masing mengutip 9 mata setelah menang 4 perlawanan dan tewas satu perlawanan (Bukit Jalil kalahkan MBSA 3-1, UKM kalahkan Bukit Jalil 3-2 dan MBSA kalahkan UKM 3-1). Walaubagaimanapun, mengikut kadar mata menang-kalah, MBSA menduduki tempat kedua.
Liga seterusnya akan bermula di Mentakab, Pahang hujung minggu ini 23-24 hb Julai 2011.
Ini adalah video perlawanan sengit antara MBSA dan UKM (Set1):
Komen: Walaupun Sibu mendahului liga lelaki dengan 10 mata, tetapi perlumbaan merebut tahkta liga adalah antara tiga pasukan iaitu UKM, MBSA dan Bukit Jalil. Ketiga-tiga pasukan telah mengalahkan satu sama lain (Bukit Jalil 3 - MBSA 1, UKM 3 - Bukit Jalil 2 dan MBSA 3 - UKM 1) dan takhta liga mungkin ditentukan oleh tie-breaker iaitu kadar mata menang/kalah.