View: 1751|Reply: 6
|
Edisi terakhir News of the World
[Copy link]
|
|
| Editor News of the World, Colin Myler bersama kakitangan akhbar mempamerkan muka depan terakhir akhbar itu, kelmarin. - AFP
|
LONDON 10 Julai – Akhbar tabloid mingguan paling laris di Britain, News of the World diterbitkan buat kali yang terakhir hari ini dengan menamatkan sejarah penerbitan akhbar itu selama 168 tahun dengan tajuk utama Thank You and Goodbye (Terima kasih dan Selamat Tinggal).
Editor-editor akhbar itu memohon maaf kepada pembaca berhubung skandal penggodaman telefon yang lama berlanjutan sehingga menyebabkan akhbar ini ditutup sambil menyatakan, ‘Ia (alasan) sangat mudah, kami telah kehilangan arah’.
Namun isu penggodaman telefon itu masih lagi belum tamat dengan pemilik akhbar tabloid itu, Rupert Murdoch kini dalam perjalanan ke London untuk berhadapan dengan dakwaan peribadi mengenai krisis itu.
Polis juga dilaporkan bakal menyoal siasat eksekutif utama beliau di Britain iaitu Ketua Eksekutif News International, Rebekah Brooks tidak lama lagi.
Selepas persiapan terakhir yang penuh dengan emosi semalam, editor News of the World, Colin Myler mengetuai kakitangannya keluar daripada pejabat di Wapping, timur London untuk kali yang terakhir.
“Saya mahu memberi penghargaan kepada para pekerja di sini yang telah melalui hari paling sukar untuk menerbitkan akhbar ini dengan cara yang profesional dan bijak,” katanya kepada wartawan di luar perkarangan pejabat itu.
Lebih 200 kakitangan News of the World kini berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti dan ketika Myler memberi ucapan penghargaan, beberapa pekerja akhbar itu turut kelihatan menangis.
“Selepas 168 tahun, kami akhirnya memberi kata-kata yang menyedihkan tetapi satu perpisahan yang membanggakan kepada 7.5 juta pembaca setia kami.
“Seperti apa yang saya katakan kepada pekerja saya pagi tadi, ini bukanlah yang kami mahukan dan patut kami terima, tetapi sebagai penghargaan terakhir kepada pembaca setia kami, ini adalah untuk kamu dan kepada kakitangan akhbar ini, saya ucapkan terima kasih,” kata Myler. – AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 200 kakitangan News of the World kini berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti dan ketika Myler memberi ucapan penghargaan, beberapa pekerja akhbar itu turut kelihatan menangis.
TABLOID ni tranparent... tak dikuasai goverment.. kesian pada pekerja-pekerja |
|
|
|
|
|
|
|
apa lak kaitan kes pengodaman telefon ngan penutupan akhbar tabloid nie???
kalo owner or staff dia ada kes... continue jer ler ngan penerbitan...
sayang ooo... 168 tahun of existence... dan still laris lagi... tup tup tutup cam tue jer pasal sorg or 2 org punya kess... |
|
|
|
|
|
|
|
or... jula jer ler share tu kat orang yang nak ambik alih...
at least kebajikan 200 staff terjamin... |
|
|
|
|
|
|
|
ader citer lebih lanjut x pasai kes pengodaman telefon tue? |
|
|
|
|
|
|
|
apa lak kaitan kes pengodaman telefon ngan penutupan akhbar tabloid nie???
kalo owner or staff di ...
HaMiZiE Post at 11-7-2011 15:06
kes apa..
penggodam telefon??
dia godam ke siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# sosimple
tu yang nak tahu lanjut tu... pasal artikel nie tak cerita ngan jelas apa yang exceli berlaku...
ada terbaca kat internet pasal penutupan akhbar tabloid nie tapi malas nak baca sebab dalam bahasa english (artikel panjang berjela)
biler dah baca daam versi bahasa melayu ... baru tahu apa yang berlaku ... tapi tak cerita ngan detail apa yang berlaku |
|
|
|
|
|
|
| |
|