CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Aidil tekad buru jaringan gegar Arsenal

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tunai hajat besar di Bukit JalilMISI tampak mustahil, namun semangat yang membakar ketika ini selepas menyumbang dua gol di pentas antarabangsa, baru-baru ini hanya membuat Aidil Zafuan Abdul Radzak mahu membuktikan sesuatu.\n\n\n\n  Malam ini, skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagobal akan turun menentang bekas juara Inggeris, Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pemain Negeri Sembilan itu menyuarakan hajat besar mahu memburu jaringan ketiga.\n\n\n\n\n  “Sentuhan jaringan dalam dua perlawanan lalu (kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan) sudah memberi semangat dan keyakinan baru kepada kerjaya sama,” kata pemain pertahanan skuad negara itu, semalam.“Misi ini tampak sukar kerana berdepan bintang Arsenal yang tersohor tapi saya akan mencuba membantu cabaran pasukan.”Dia yang kembali selepas menyepi daripada skuad kebangsaan tidak menolak hakikat lawan pimpinan Arsene Wenger itu memiliki benteng kebal dan andai dapat menyumbat gol malam ini ia adalah satu bonus besar untuk dijadikan satu kenangan.Sementara itu, dalam keghairahan peminat Arsenal, Aidil mengharapkan masih ada kibaran jalur gemilang dan jersi negara dipakai pada hari perlawanan malam ini.\n\n\n\n“Saya mahu lihat perbezaannya selepas negara muncul juara Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki,” katanya.“Jika pada perlawanan menentang Manchester United pada 2009, warna jersi pasukan lawan mendominasi stadium, adakah kali ini situasi sama akan berulang.”Bukit Jalil  jadi Stadium EmiratesGELANGGANG keramat skuad kebangsaan di Bukit Jalil bertukar menjadi Stadium Emirates milik Arsenal pada sesi latihan semalam apabila hampir 5,000 penonton hadir memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu.Arsenal yang akan menentang anak buah Datuk K Rajagobal malam ini, menjalani sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam - sesi yang tampak lebih seperti latihan pertunjukan buat penyokong setianya di rantau Asia.Setiap kali bintang Arsenal antaranya Robin van Persie, Samir Nasri, Jack Wilshere, Bacary Sagna, Andrei Arshavin, Alex Song, Tomas Rosicky, Maroune Chamakh dan Theo Walcott mendapat bola, sorakan gemuruh menyelubungi stadium.“Kami terharu dengan sokongan diberi penyokong tempatan dan saya serta pemain tidak sabar mengharungi perlawanan bertemu pasukan kebangsaan Malaysia esok (hari ini),” kata Wenger selepas sesi latihan semalam.Sementara itu, pemain tengah Arsenal, Wilshere terkejut dengan sambutan hangat peminat di Malaysia.“Saya tidak sangka begitu ramai peminat Arsenal di Malaysia,” kata Wilshere yang turut menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan England.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037879 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list