View: 218|Reply: 0
|
Arsenal 'bedil' Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Anak didik Rajagobal hilang arah kena belasah 4-0 di Bukit JalilBUKAN kemenangan yang dicari, tetapi tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.\n\n\n\n Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan 4-0 kepada kelab elit Inggeris itu.\n\n\n\n\n Gawang negara dibolosi seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey selepas pengadil, Yussof Mat Karim menyalahkan terjahan kasar Aidil Zafuan Abdul Radzak ke atas Jack Wilshere dalam kotak penalti.Faktor kepantasan dan fizikal yang lebih memihak skuad kendalian Arsene Wenger menyaksikan serangan negara mudah dipatahkan. Minit ke-25, gawang Arsenal hampir dibolosi kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter, tetapi sempat ditepis penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.Ketika harapan lebih 53,000 penonton menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan semakin memuncak, Arsenal sebaliknya menambah jaringan menerusi Walcott yang berjaya melepasi barisan pertahanan pada minit ke-38, sebelum melambung bola menewaskan Nasril buat kali kedua malam tadi.Pada babak kedua, Khairul Fahmi Che Mat masuk menggantikan Nasril, tetapi permainan licik penyerang Arsenal, Carlos Vela menyaksikan gol ketiga diraih pemain asal Mexico itu. \n\n\n\nPada masa tambahan, Arsenal terus menghukum kem kebangsaan kali ini Tomas Rosicky mudah menanduk masuk hantaran Robin van Persie untuk gol keempat pasukan.Pujian harus diberi kepada barisan pemain negara yang bekerja keras cuba mengatasi kehebatan kelab gergasi Eropah itu dengan beberapa gerakan menarik dihasilkan sepanjang 90 minit permainan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|