View: 143|Reply: 0
|
Wenger tak rela 'bebas' Nasri
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata dia begitu ingin mengekalkan pemain tengah, Samir Nasri sehingga dia bersedia menanggung risiko kehilangan pemain antarabangsa Perancis itu secara percuma dalam tempoh setahun akan datang.\rBercakap selepas pasukannya memulakan persiapan pra-musim Jelajah Asia dengan kemenangan 4-0 ke atas pasukan kebangsaan Malaysia kelmarin, Wenger memuji Nasri serta enggan menjawab soalan mengenai masa depan kapten pasukannya, Cesc Fabregas yang mahu berhijrah.\r\n\n\n\n\r Nasri kuat dikaitkan dengan Manchester City dan Manchester United.\r Samir (Nasri) sentiasa komited kepada pasukan dan kita dapat melihatnya hari ini,” kata Wenger lewat kelmarin.\r\n\n\n\n\n\r“Dia bermain baik selepas di bawa masuk dari bangku simpanan. Saya sanggup mengekalkannya untuk setahun lagi, walaupun itu mungkin bermakna kami mengambil risiko kehilangannya tanpa mendapat apa-apa bayaran dalam tempoh setahun akan datang,” katanya.” Arsenal akan bermain di China, esok sebelum kembali semula ke Eropah. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|