View: 2892|Reply: 0
|
Permasalahan ayat 1 Samuel 13:1 dalam bible
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 1-11-2011 00:56
Jika kita melihat beberapa versi bible terjemahan bagi ayat 1 samuel 13:1 maka kita akan menemui beberapa terjemahan yang berbeza. Lihat beberapa terjemahan di bawah. Linknya adalah http://mlbible.com/1_samuel/13-1.htm
Saul was thirty years old when he began to reign, and he reigned forty two years over Israel
New American Standard Bible (1995)
Saul reigned one year; and when he had reigned two years over Israel,
King James Bible
Berapa umur Saul??? Tidak pula dimaklumkan.
Saul was forty years old when he began to reign; and when he had reigned two years over Israel,
American Standard Version
Fourty years old??? Berbeza dengan New American Standard Bible yang menyebut umur Saul adalah "thirty years old".
Saul berumur sekian tahun ketika ia menjadi raja; dua tahun ia memerintah atas Israel.
Indonesia-Terjemahan Baru (TB)
Juga tidak dimaklumkan umur Saul.
So kenapa masalah ini berlaku?? Mari kita kaji dengan lebih detail untuk kita lihat permasalahannya. Lihat dalam kitab Greek di link http://apostolic.interlinearbible.org/1_samuel/13.htm
υιός ενιαυτού Σαούλ εν τω βασιλεύειν αυτόν
was a son a year Saul in his taking reign,
Lihat pula kitab Hebrew di link http://biblos.com/1_samuel/13-1.htm
בֶּן־ old
שָׁנָ֖ה was years
שָׁא֣וּל Saul
בְּמָלְכֹ֑ו to reign
Ini menjelaskan kitab Hebrew tidak pernah menyatakan usia Saul ketika menjadi raja. Begitu juga dengan kitab Greek. Namun satu nombor telah hilang dalam kitab Hebrew. Untuk memahami keadaan ini mari kita lihat nota kaki bagi bible versi New Living Translation (NLT) di link http://nlt.scripturetext.com/1_samuel/13.htm
a 13:1a As in a few Greek manuscripts; the number is missing in the Hebrew.
So ianya menjelaskan terdapat number yang missing dalam kitab Hebrew. Jika kita lihat bible versi NLT itu bagi ayat 1 Samuel 13:1 adalah "Saul was thirty years old when he became king, and he reigned for forty-two years". Ini adalah berbeza dengan kitab Greek yang telah saya berikan di atas. Seterusnya permasalahan yang lebih fatal adalah jika kita lihat dalam kitab Septuagint (Greek) tiada ditemukan ayat 1 Samuel 13:1 iaitu 1 Samuel 13 hanya bermula pada ayat kedua. Kita boleh lihat keadaan ini di link http://sepd.biblos.com/1_samuel/13.htm dan juga di link http://mlbible.com/1_samuel/13-1.htm yang mana dipaparkan,
1 Samuel 13:1 Greek OT: Septuagint with Diacritics
(kosong - tiada sebarang catatan)
Justeru di dalam manuskript bible sendiri kita menemukan percanggahan bagi ayat 1 Samuel 13:1, yang mana pada sesetengah kitab Geek ada mencatatkan ayat tersebut seperti yang dimaklumkan pada nota kaki bible versi NLT itu manakala pada Septuagint yang juga kitab Greek tidak mencatatkan sebarang ayat bagi 1 Samuel 13:1, manakala dalam kitab Hebrew pula amat berbeza dengan kitab Greek dan dikatakan tidak lengkap. Justeru tidak menghairankan wujudnya terjemahan-terjemahan yang berbeza bagi ayat 1 Samuel 13:1 itu kerana catatan manuskript yang berbeza.
So apakah ayat 1 Samuel 13:1 itu benar-benar wujud? Apakah ayatnya yang sebenar jika ianya wujud? Semuanya itu tidak dapat kita tentukan dengan pasti disebabkan autograph bible yang telah hilang atau musnah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|