CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Angka 7 jadi buruan Nicol

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jaguh dunia anggap Terbuka Malaysia kali ini lebih mencabar\rMEMBURU gelaran kali ketujuh berturut-turut di Kejohanan CIMB Terbuka Malaysia yang akan memulakan saingannya, hari ini, Nicol Ann David akur betapa cabaran yang bakal ditempuh tahun ini kelihatan lebih sukar.\r\n\n\n\n\r  Pemain nombor satu dunia itu yang mula menjuarai kejohanan sejak 2005 akan bertemu Donna Urquhart dari Australia pada kejohanan yang baru dimasukkan dalam Siri Dunia Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) apabila mencipta sejarah menawarkan hadiah wang tunai terbesar AS$68,500 (RM205,775).\r\r\n\n\n\n\n  “Anda boleh melihat perbezaan kualiti pemain yang bertanding pada kejohanan ini apabila lebih ramai pemain dalam senarai 10 terbaik dunia turut bersaing.\r“Semua pemain juga memberi aksi terbaik mempamerkan kualiti permainan lebih baik kerana semua berusaha menjadi lebih bagus pada setiap masa,” katanya yang kali terakhir bertemu Urquhart pada pusingan separuh akhir Terbuka Cayman, April lalu.\rNicol, 28, juga berkata kemenangan bukan mudah untuk dimilikinya dan itu membantunya bekerja lebih keras mengharungi cabaran tersebut.\rKategori lelaki menyaksikan pemain nombor enam dunia, Gregory Gaultier yang diletakkan sebagai pemain pilihan utama membuat penampilan sulungnya pada Terbuka Malaysia.\r\n\n\n\n\rPemain Perancis itu dijangka bertemu pemain negara, Ong Beng Hee  pada pusingan suku akhir, Khamis ini di The Curve.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.236539 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list