CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Jadi Bualan

[Copy link]
Post time 23-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
1. JLo bercerai\rDI sebalik populariti Jennifer Lopez (JLo) yang kembali diraihnya selepas bergelar juri program American Idol musim 10 (AI10) dan hangat dengan single terbaru berjudul On The Floor menerusi album ketujuh, Love, Jlo mengejutkan ramai pihak dengan terbongkar kisah perceraiannya dengan suami, Marc Anthony baru-baru ini. Pasangan itu berkahwin tujuh tahun dan dilihat cukup bahagia bersama. Malah mereka dikurniakan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. Pelbagai spekulasi mula bertebaran mengenai punca perpisahan mereka. Selain dikatakan tidak sehaluan lagi dan sibuk dengan komitmen kerja masing-masing, hubungan intim Jlo dengan William Levy yang  berlakon dalam klip video lagu I’m Into You dendangannya turut dilaporkan sebagai penyebab. Willian sendiri dikatakan meninggalkan isterinya, Elizabeth Gutierrez  juga seorang aktres sejurus selesai menjalani penggambaran klip video lagu terbabit. Perkahwinannya dengan Marc adalah kali ketiga bagi  Wanita Tercantik 2011 anjuran majalah People itu manakala Marc pula kali kedua. \r\n\n\n\n\r\r2. Siti tekad tinggal APM\r\n\n\n\n\n\rJIKA sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan nekad untuk tidak lagi dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), beliau sekali lagi mengumumkan hal yang sama ketika diumumkan sebagai pemenang Artis Serantau Paling Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 ketika majlis terbabit berlangsung di Singapura Jumaat lalu. Kejayaan kategori itu diraihnya selama sedekad seiring usia penganjuran APM yang menggabungkan pemuzik serta penyanyi dari tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Siti menambah, dia bukan sengaja menarik diri, tetapi keputusan itu turut didorong atas kehendak pihak penganjur. Bagaimanapun  untuk kategori lain, Siti masih boleh bertanding. \r3. Farid, Diana masih intim\rTIADA apa lagi yang mahu disembunyikan. Sudah terang lagi bersuluh. Percintaan Diana Danielle dan Farid Kamil bukan lagi rahsia. Malah hingga saat ini, tiada dua di hati Danielle. Hanya pelakon dan pengarah kacak itu saja yang bertakhta di hati Danielle. Pengakuan itu secara tidak langsung jelas menafikan kisah yang mengaitkan diri Danielle dengan kerabat diraja bernama Khai yang juga rakan bisnes ibunya. Seboleh-bolehnya juga pelakon yang bakal ke lokasi penggambaran filem Azazil arahan Kabir Bhatia itu tidak mahu lagi kisahnya dengan Khai terus-terusan diperkatakan. Hubungan Farid dan Danielle dikatakan mekar semual  sekembalinya dia daripada mengikuti kursus lakonan jangka pendek di Akademi Filem New York cawangan Los Angeles di Universal Studios, 6 Mei lalu. Hubungan mereka pernah dikatakan terjalin selama dua tahun sebelum berpisah \'sementara\' secara baik. \r4. Musim artis kahwin\rKISAH perkahwinan personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dan pengacara Nasi Lemak Kopi 0 di TV9, Farah Diana Anuar juga antara yang meniti bibir sepanjang minggu lalu. Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa dalam satu majlis pernikahan dibuat secara tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu. Majlis resepsi membabitkan Nurul Syuhada dan suaminya akan diadakan di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre pada hari ini. Farah yang mula dikenali selepas menyertai Akademi Fantasia musim kedua pula bernikah dengan pilihan hatinya seorang usahawan, Johan Johari yang berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 15 Julai lalu di atas  kapal persiaran, Cruise Putrajaya. Tidak ketinggalan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Zuzafrini Zulkifli atau  Rini sah bergelar isteri kepada  Johanis Nordin (Joe), 29, turut memilih Julai sebagai saksi penyatuan hati mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list