CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5063|Reply: 13

LAGENDA : Laila Manja [Isnin-Khamis, TV3 @ 4.00pm]

[Copy link]
Post time 23-7-2011 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Terbaru di Lagenda : Laila Manja

         
Hasil arahan kreatif Jumal Yunus, LAILA MANJA akan menemui para penonton mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00petang menerusi slot Lagenda. Sehebat kisah dan tajuknya, LAILA MANJA dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Puteri Sarah, Iqram Dinzly, Ellie Suriati, Dato’ Jalaludin Hassan,Amar Baharin(Anak Wayang), Nabila Huda dan  Zul Ariffin.

Terbitan Pena Creative Pictures, LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.

Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.

Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.

Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.

Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.

Adakah Manja akan bertemu semula dengan kakaknya, Laila setelah pelbagai badai dugaan yang menimpa? Jangan ketinggalan untuk mengikuti kesudahan dramatik yang sarat dengan kejutan, emosi dan kasih sayang di dalam LAILA MANJA, bersiaran sebanyak 20 episod, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00petang menerusi slot Lagenda, tentunya di TV3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 03:05 AM | Show all posts
dah macam kisah bawang putih bawang merah je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 09:19 AM | Show all posts
ish. tak la. coz bwang putih bwg merah kan saling berdendam. laila manja ni tak, mereka saling menyayangi gitu. wah. jln cerita nmpk menarik la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:32 AM | Show all posts
ish. tak la. coz bwang putih bwg merah kan saling berdendam. laila manja ni tak, mereka saling menya ...
hijau88 Post at 24-7-2011 09:19



    jalan citer yang menarik tapi bila ada ikram terus jadi kusam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:36 AM | Show all posts
sah2 si 'manja' tuh ikram...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:55 AM | Show all posts
iqram hero nyah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 09:16 PM | Show all posts
tadi terlayan jap..
suka tgk lakonan ellie....kalau watak jahat, serabai, gedik ellie memang menjadi...
tak sabar nak tggu diorg besar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 10:29 AM | Show all posts
best jgk citer ni,menjadi lakonan elie sebagai mak tiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 02:03 PM | Show all posts
aku ingatkan iqram si manja tu rupanya org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 03:25 PM | Show all posts
saper jadik manja...lum sempat tengok lagi citer nih........
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:46 PM | Show all posts
aku takot lah dgn si elie tuh..

dier pukul budak tu betol2..{:2_68:}

kesian..

kalau ye pon nak MENGHAYATI...

tak payah lah kau tarik,dan pukul budak tu betol2..

malangnyer yg jd bebudak tu berlakon dgn elie..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply 11# shania88

film lame pn cmni jgk gayenye.
allahyarham normadiah mmg pukul bdk2 tu beriye.
dan kesan parut kt dahi allahyarham bat latif pn dsbbkn
tekena balingan kuali oleh allahyrham normdiah ms brlakon.
yg tu lg ngeri wehh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:52 AM | Show all posts
si mas neh pi ganyang pompuan yg skandal ngan jantan simpanan die tuh..mak aiii...dasyat gler..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:45 PM | Show all posts
terminat plk kt citer ni,laila dh besar,nabila huda dh bomohkan iqram srh iqram syok kt dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.200670 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list