CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: shana85

kasih selamanya

[Copy link]
Post time 9-8-2011 12:42 PM | Show all posts
alahai..sikitnye entry..tak puas nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 02:47 PM | Show all posts
sbg lagi shana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 05:02 PM | Show all posts
Perhubungan Rina dan keluarga Cik Mun makin rapat. Malah dia senang dengan kemesraan mak cik Mun dan Risyam. Risyam sangat mengambil berat dan sentiasa membantunya. Risyam juga tidak keberatan untuk mencari makanan yang diidamkan Rina sehingga Rina merasa serba salah pula. Tidak mahu kemesraan itu menimbulkan rasa tidak senang pada orang lain. Sedar status dirinya.

Rina melangkah lesu turun dari kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan doctor. Matanya merenung keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa pasangan telah pun menunggu di klinik tersebut. Kelihatan keceriaan di wajah masing-masing. Hampir semuanya berteman dengan suami masing-masing. Terselit rasa sayu di hati. Dia hanya keseorangan.

‘maafkan mama sayang… mama tak mampu berikan keluarga yang sempurna pada anak-anak mama…’ Rina mengusap perutnya perlahan.

“Hello mummy… nape sedih-sedih ni? Asal tak masuk lagi?” tegur satu suara. Sedari tadi dia melihat Rina berdiri tercegat di keretanya.

“Abang Risyam… terkejut Qaseh. Ingatkan siapa. Abang buat apa kat sini?” Tanya Rina. Matanya memandang sekeliling, mencari kelibat Makcik Mun. manalah tahu lelaki itu membawa ibunya ke klinik.

“abang tunggu Qaseh. Nak temankan Qaseh n baby dalam ni” terang Risyam. Matanya merenung wajah dihadapannya. Berseri-seri. Pembawaan budak agaknya.

“Tak payah abang susah-susah. Qaseh boleh jaga diri. Cikmun mana? Tak ikut sekali?” Rina bertanyakan Risyam bila melihat lelaki itu hanya sendirian.

“Mama kat rumahlah. Abang dari office. Dah lah jom kita masuk dalam. Lepas ni kita pergi shopping barang baby k” Risyam terus menarik tangan Qaseh menuju ke dalam klinik. Rina serba salah. Hanya menurut langkah Risyam.

Setelah selesai menjalani pemeriksaan, Rina melangkah keluar dari klinik. Risyam masih setia disisinya. Mujurlah lelaki itu tidak masuk ketika dirinya berjumpa doctor. Mungkin dirinya memahami Rina ketidakselesaan Rina.

“Abang datang dengan apa? Tak nampak pun kereta?” Tanya Rina ketika langkah mereka sudah menghampiri keretanya.

“datang dengan teksi. Kereta Qaseh biar abang drive. Kita pergi beli barang-barang baby. Rasanya banyak lagi yang Qaseh perlukan” balas Risyam. Kunci kereta di tangan Rina diambilnya. Segera dia membuka pintu di bahagian penumpang.

“Cepat masuk. Panas ni” arah Risyam. Rina terpaksa akur. Segan. Telah banyak budi yang Risyam dan makcik Mun taburkan padanya. Setelah memastikan keselesaan Rina, Risyam memandu keluar dari perkarangan klinik.

Suasana didalam kereta sunyi. Hanya kedengaran celoteh dj dari radio yang terpasang. Rina mengelamun jauh. Jauh di sudut hatinya, dia merindui Aiman. Tapi apakan daya Aiman telah membuangnya jauh dari hidup lelaki itu. Rina akur, cinta Aiman bukan miliknya. Mungkin kini Aiman sudah berbahagia bersama-sama Bella. Mungkin mereka telah berkahwin. Berkahwin sepertimana yang diimpikan olehDatin Khamisah. Sedar wanita itu tidak pernah senang dengannya. Dia bukanlah menantu pilihan wanita tersebut.

“Qaseh… Qaseh…” panggilan Risyam itu menyedarkan Rina. Matanya memandang sekeliling. Kereta yang dipandu Risyam juga sudah berhenti. Rina memandang sekeliling.

“Kita dah lama sampai. Puas abang panggil. Apa yang Qaseh fikirkan? Qaseh ada masalah? Nak kongsi dengan abang?” Tanya Risyam lembut. Ada riak risau di wajahnya. Bimbang. Sedari tadi wanita dihadapanya hanya diam. Hanya berada di dunianya sendiri.

“Qaseh tak apa-apa. Mungkin letih sikit” balas Rina. Tersenyum.

“Betul? Baby dalam ni OK?” Tanya Risyam. Masih tidak berpuas hati.

“Betul. Qaseh penat sikit. Baby ok. Doktor kata baby sihat kat dalam ni. Baby ni makin aktif tau. Menendang aje kerjanya. Tu yang Qaseh penat sikit” cerita Rina riang. Cuba dijauhkan rasa terkilan di sudut hatinya. Patutnya ketika ini dia dan Aiman bersama-sama berkongsi rasa detik-detik kelahiran anak yang dinantikan selama ini. Namun apakan daya sudah tersurat jodoh mereka hanya setakat ini sahaja…

“Kalau macam tu, tak apalah. Jomlah kita turun. Abah Syam dah tak sabar nak beli barang-barang baby” balas Risyam. Matanya merenung perut Rina yang sudah agak menonjol.

“Ok Jom…” balas Rina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 05:03 PM | Show all posts
Rina melangkah perlahan. Kesakitan yang sesekali terasa amat meresahkan, matanya melihat jam yang tergantung didinding. Pukul empat pagi. Mengikut jangkaan doctor, lagi yiga minggu dia akan melahirkan. Entah mengapa malam ini dia merasakan saat kelahiran anak-anaknya sudah tiba. Mujurlah dia telah melakukan persiapan. segala keperluan telah diisinya dalam beg dan beg itu sudah tersedia dalam kereta.

Dengan bersusah payah, Rina mengunci pintu rumah. Kesakitan yang dialaminya semakin kerap terasa. Enjin kereta di hidupkan. Sesekali tangannya mengusap perutnya.

‘sabar ya sayang….’ Rina berkata perlahan. Matanya berkaca tiba-tba. Saat ini dia bersendirian. Sedih.

“Assalamualaikum…Qaseh nak kemana pagi-pagi ni?” Risyam bertanya. Entah mengapa malam ini dia tidak dapat tidur jadi dia berehat di balkoni dan dia melihat kelibat Qaseh. Pantas dia berlari turun mendapatkan Qaseh.

“Dah sampai masa ke??” Risyam bertanya panic apabila menyedari wajah Qaseh yang berkerut menahan kesakitan.

“Ya, Qaseh rasa macam tu….”belum sempar Rina menghabiskan ayatnya, Risyam sudah berlari ke dalam rumahnya. Terdengar jeritannya mengejutkan makcik Mun. Tidak lama kemudian Mak cik Mun dan Risyam muncul semula.

“Dah siap semua barang?” Makcik Mun bertanya. Rina sekadar mengangguk. Kesakitan yang dirasai semakin kerap.

“Jom, kita gerak sekarang” Risyam pantas membuka pintu kereta. Rina dan makcik Mun duduk di belakang. Risyam terus memandu. Sesekali matanya memandang ke belakang. Ingin memastikan keadaan Rina.

Sebaik tiba di hospital, Rina terus di sorong ke dewan bersalin. Risyam mengikut pantas. Ada bimbang di hati apatah lagi bila melihat wajah Rina yang semakin pucat.
“Maaf, Encik suami pesakit?” Tanya jururawat yang bertugas.

“Saya saudara pesakit. Suami pesakit tiada di sini” Jawab Risyam.

“Puan Qaseh Airina mengalami sedikit komplikasi. Kami terpaksa membedah Puan Qaseh. Encik perlu tandatangan borang ni” beritahu jururawat tersebut.

“Baiklah, asalkan Qaseh selamat” putus Risyam setelah agak lama berfikir.

“Terima kasih” Jururawat itu terus melangkah pergi. Risyam mengeluh perlahan. Berdoa agar Qaseh selamat.

“Macammana keadaan Qaseh?” Tanya Mak Cik Mun pada Risyam. Penat mengejar langkah Risyam yang laju.

“Rina terpaksa di bedah ma…” beritahu Risyam pada ibunya. Terlupa sebentar mengenai Mak Cik Mun. Kasihan mamanya.

“Kita berdoa agar Qaseh dan anakanaknya selamat” ucap Mak cik Mun sambil mengusap bahu anaknya, cuba menenangkan Risyam.

Setelah hampir tiga jam menunggu akhirnya mereka dikhabarkan Qaseh telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata. Risyam tersenyum tatkala jururawat membawa pasangan kembar itu untuk di azankan. Mak Cik Mun mengucapkan kesyukuran melihat anak-anak kecil yang comel itu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:48 PM | Show all posts
best...sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:29 PM | Show all posts
bestnya.... nak lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2011 10:01 AM | Show all posts
Rina membuka matanya perlahan-lahan. Memandang keadaan sekeliling. Matanya memandang Risyam yang sedang nyenyak tidur di sofa yang terletak disudut bilik. Terharu. Sepatutnya waktu ini Aiman yang berada disisinya.

“Qaseh dah sedar?” Rina tersentak mendengar teguran Risyam. Entah bila lelaki itu terjaga. Risyam menghampiri Qaseh. Matanya merenung wajah yang pucat itu. Ada senyuman terukir di wajah tersebut walaupun sedikit hambar.

“Nak tengok baby? Qaseh dapat baby kembar. Sepasang” riang Risyam bercerita.

“Qaseh dahaga… nak minum” jawab Rina perlahan. Tekaknya terasa perit. Risyam pantas menuang air ke dalam gelas. Rina meneguk perlahan.

“Baby…?” Tanya Rina pada Risyam.

“Baby sihat, Rina dapat sepasang. Dua-dua comel macam mama dia” jawab Risyam. Rina tersenyum. Syukur anak-anaknya selamat. Lambang cinta dirinya dan Aiman.  
Rina merenung wajah anak-anaknya satu persatu. Mohd Naqib Afzal nama Nur Naqisya Najiha nama yang dipilih untuk permata hatinya.nama itu merupakan pilihan Aiman. Rindunya pada Aiman tidak terperi dihatinya apatah lagi bila melihat wajah Naqisya yang begitu mirip dengan Aiman. Naqib anak yang sangat baik, tidak banyak ragam namun Naqisya sebaliknya. Si kecil itu suka benar berada dalam pelukannya, pantang diletakkan atas tilam mulalah merengek. Manja.  

“Assalamualaikum mama,” Rina memandang ke arah pintu bilik. Tersenyum melihat kelibat Risyam.

“Baby sihat?” Risyam menyoal sambil mengambil Naqib dari atas katil bayi.

“Baby sihat. Petang ni dah boleh keluar” jawab Rina. Risyam mengangguk. Masih leka memandang Naqib yang tidur. Comel sangat. Macam mama dia.

“Qaseh, boleh abang jadi abah Naqib dan Naqisya?” soal Risyam. Rina terpaku.

“Tak susahkan abang ke? Nanti apa kata orang…”

“Peduli apa oaring nak kata. Abang sayangkan mereka dan paling penting abang saying mama mereka juga…”ucap Risyam lirih. Rina terdiam.

“abang tahu ini bukan waktu yang sesuai tapi abang ikhlas. Mungkin bagi Qaseh, semua ini terlalu cepat tapi percayalah abang sudah lama bersedia. Abang nak baby ni jadi anak-anak abang dan Qaseh jadi isteri abang. Mungkin Qaseh ingat abang hanya bersimpati pada nasib Qaseh dan anak-anak. Tapi ikhlas abang cakap Qaseh sudah lama bertakhta di hati abang. Cinta ini hadir tanpa dipinta. Mama pun suka kalau Qaseh jadi pilihan abang. Mama restu sangat” terang Risyam. Matanya merenung Rina yang terdiam.

“Maafkan Qaseh. Semua ni bagaikan kejutab buat Qaseh. Qaseh masih lagi keliru. Biarlah Qaseh bina hidup Qaseh dahulu. Qaseh berterima kasih pada abang yang sudi terima Qaseh tapi Qaseh tak dapat terima hasrt abang. Bukan kerana Qaseh tak sudi tapi selagi dia di hati Qaseh, Qaseh tam mungkin akan terima abang atau sesiapapun. Maafkan Qaseh… berikan Qaseh masa. Insyaallah, andai ditakdirkan ada jodoh antara kita Qaseh terima,”

“Ambillah sebanyak mana pun waktu yang Qaseh perlukan. Abang tak akan memaksa. Abang redha. Andai ada jodoh antara kita, abang terima. Abang akan tunggu detik itu. Apapun izinkan abang untuk jadi abah pada anak-anak Qaseh,” Risyam bersuara perlahan. Matanya bertaut dengan mata Rina. Rina mengangguk. Risyam tersenyum bahagia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2011 10:02 AM | Show all posts
Sekarang

“kenapa mama dan abah menangis?” Naqisya bertanya pada Rina dan Risyam. Sebaik sahaja tersedar dari tidur dia mengejutkan abangnya dan menghampiri abah dan mamanya. Dia hairan melihat abah dan mamanya berbual sambil menangis.

“abah tak nangis, abah gembira sampai keluar air mata. Tak lama lagi Qisya, abang dan mama boleh tinggal samasama dengan abah,” terang Risyam girang. Rina hanya diam. Mukanya merah mengingati detik tadi. Saat dia menerima lamaran Risyam.

“Betul ke mama? Abah tinggal dengan kita,” soal Naqib riang. Teruja. Akhirnya mama dan abahnya akan tinggal bersama. Sama seperti keluarga rakan-rakannya yang lain. Rina tersenyum riang melihat kegembiraan anak-anaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2011 10:02 AM | Show all posts
Bella melangkah tidak sabar memasuki perkarangan banglo mewah Datin Khamisah. Hatinya berbaur segala rasa. Berita yag diterimanya amat menyakitkan hati. Aiman sudah bertemu semula dengan Rina.

“Auntie…” Bella terus menerpa kea rah Datin Khamisah yang sedang bersantai bersama-sama anak menantunya.

‘kenapa?” Amalina bertanya kepada suaminya. Suaminya sekadar mengankat bahu. Tidak tahu. Mereka yang berada di ruang tamu semua terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja Bella muncul dan menerpa Datin Khamisah.

“Auntie betulke berita yang bell dengar? Abang Aiman dah jumpa dengan perempuan tak sedar diri tu?” Tanya Bella.

“Betul, tapi rasanya perempuan yang tak sedar diri tu bukannya Rina tapi you” jawab Amalina. Dari dulu lagi dia tidak menyukai Bella.

“Lin…”Ammar menegur isterinya. Walau apapun Bella tetamu mereka.

“Anip, baby jom ikut papa main kat taman,” Ammar mengajak anak-anaknya beredar dari situ. Baby dan Anip akur lalu mengikut langkah Ammar.

“Kenapa kalau Aiman jumpa Rina? Salah? Ikut suka dialah nak jumpa atau nak rujuk balik, tak salah pun malah keluarga ni lagi happy tau” Amalina bersuara. Tersenyum sinis mlihat wajah Bella yang berubah.

“Lupakan Aiman Bell, auntie dah tak mahu paksa Aiman lagi. Cukuplah auntie buat silap dulu…” Datin Khamisah bersuara perlahan.

“Sampai hati auntie, habis kalau abang Aiman nak rujuk dengan perempuan tu auntie terima? Bell macammana? Sia-sia je Bell menanti selama ni” Bella bersuara sedih.
“Asalkan dapat mengembirakan Aiman auntie terima. Auntie dah tua Bella, yang auntie harapkan kebahagiaan anak-anak auntie. Bella lupakanlah Aiman. Cari kebahagiaan Bella sendiri. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Bell… Cinta tak boleh dipaksa…”

“Sampai hati auntie buat Bell macam ni…” Bella terus berdiri. Tanpa pamitan Bella terus beredar dari situ. Hatinya sakit mengenangkan kata-kata Datin Khamisah.

“Mama….” Amalina pantas memeluk mamanya.

“Mama dah tak harap apa-apa lagi Lin. Mama Cuma nak anak-anak mama bahagia. Mama nak minta maaf kat Rina. Sebab mama, Aiman menderita dan terpisah dari zuriat sendiri. Kesian cucu mama kan Lin…” tangis Datin Khamisah. Terkilan kerana kesilapannya, keluarga mereka berpecah. Hanya kerana ego dan sikap pentingkan diri, cucu-cucunya membesar tanpa mengenali papa mereka. Terpaksa menumpang kasih orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 12:07 PM | Show all posts
finally setelah sekian lama tgu TT nak update..akhirnye update jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 04:25 AM | Show all posts
nextt plizzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 10:09 PM | Show all posts
sikitnye sambung....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 01:59 PM | Show all posts
shana85.. cepat sambung...ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 08:40 AM | Show all posts
menanti n3 jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 01:24 PM | Show all posts
x de sambungan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 01:06 PM | Show all posts
xda sambungan k?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tak ada sambungan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 04:32 AM | Show all posts
we want more!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 07:58 AM | Show all posts
takde sambungan jugak ke cite ni... haishhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.439197 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list