View: 214|Reply: 0
|
Fragmen: Hiburan, sukan bergerak seiringan
[Copy link]
|
|
PERJALANAN hendak menonton perlawanan antara Malaysia dan Singapura untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur boleh dijadikan satu skrip drama, dokumentari atau filem yang agak menarik.\rBermula meninggalkan pejabat seawal jam 6 petang di Balai Berita, saya menaiki mengambil LRT Putra di stesen Bangsar. Di stesen LRT Putra di Bangsar ini, sudah kelihatan beberapa anak muda dan penyokong Malaysia dengan jersi kuning hitam atau biru, putih dan merah berkumpul menunggu rakan masing-masing.\r\n\n\n\n\rTidak kira lelaki, perempuan, tua atau muda semuanya menuju ke arah destinasi sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Dari LRT Putra Bangsar menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk bertukar tren LRT STAR menuju ke Bukit Jalil. Orang sudah ramai. Penyokong pasukan Malaysia kelihatan cukup bersemangat.\r\r\n\n\n\n\nKebetulan waktu itu juga adalah masa itu juga ramai yang nak balik dari kerja menjadikan stesen LRT di Masjid Jamek semakin sesak. Mujurlah ada pengurusan LRT STAR membuka dua kaunter khas untuk menjual tiket perjalanan pergi dan balik. Menjimatkan masa. \rPerjalanan ini tidak terus ke stesen Bukit Jalil sebalik berhenti di stesen pertukaran iaitu di Stesen LRT Chan Sow Lin. Keadaan di sini sangat gamat. Mereka yang hendak menonton bola sepak di Bukit Jalil bertembung dengan orang ramai yang nak balik dari kerja. Memang sesak panas dan hingar bingar.\rEnam tren LRT STAR dari Ampang menuju ke Bukit Jalil penuh, tidak boleh dimasuki penumpang. Jumlah penumpang untuk perjalanan ke Bukit Jalil dan mungkin juga menuju ke Sungai Besi, Kuchai Lama, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Selatan dan Seri Petaling semakin ramai.\rSudah kedengaran suara marah dan tidak puas hati. Kedengaran juga beberapa orang saling berhubung menerusi telefon memaklumkan mereka terkandas di stesen LRT Chan Sow Lin. \r\n\n\n\n\rKemarahan itu akhirnya reda apabila muncul tren kosong daripada LRT STAR ke Bukit Jalil. Masing-masing bersorak kegembiraan. Ada yang menyanyi lagu Barisan Kita, melaungkan Malaysia Boleh! dan sebagainya. \rSampai di stesen Bukit Jalil, suasananya semakin menarik. Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan ada pesta atau karnival. Banyak gerai menjual jersi, baju T selain makanan dan minuman. Selepas puas meronda dari satu gerai ke gerai, akhirnya saya membeli sehelai jersi ‘belang harimau’ berharga RM45. Harga paling murah, berbanding sebelumnya antara RM68 hingga RM55 sehelai. \rHendak masuk ke stadium juga satu masalah. Tidak ada petunjuk mana satu Gate Biru dan Gate Merah kecuali notis yang ditulis pada kertas bersaiz A4. Itu pun kena datang dekat dengan pintu masuk baru nampak kertas berkenaan. Sungguh tidak profesional, sangat murahan. \rSelepas dapat masuk, sekali lagi penonton terpinga-pinga. Mana satu tempat duduk untuk berharga RM50? Semuanya bercampur aduk. Terasa orang terlalu ramai. Kita tidak pasti berapa banyak tiket dicetak. Mujurlah saya dapat juga tempat duduk sebaris dengan penyokong dari Singapura yang ‘tersesat’ masuk dalam penyokong Malaysia. Tapi memang nampak kelam kabut. \rPada suatu ketika, sekumpulan penyokong mengamuk, memaki hamun pengawal keselamatan kerana pintu masuk ke kawasan tempat duduk dikunci sedangkan mereka sudah datang awal dan terpaksa keluar terlebih dahulu kerana hendak bersolat Maghrib. Kasihan mereka. \rDi sebalik itu semua, untuk seketika, penonton melupakan kesusahan dan ketidakselesaan mencari tempat duduk kerana memberi tumpuan aksi di padang. Tidak apalah terpaksa berdiri lebih dua jam sedangkan mereka pemegang tiket berharga RM50. \rSelepas perlawanan tamat, Stesen LRT Bukit Jalil diserbu penonton. Memang gelagat segelintir orang Malaysia ini tidak ada sivik dan tidak berdisiplin memang jelas. Ada tolak menolak sehingga ada beberapa budak yang tersepit. Mujurlah ada yang lebih bertanggungjawab membantu beberapa keluarga ini bersama-sama melindungi anak-anak mereka daripada tersepit akibat asakan daripada tolak menolak ini. \rAda ramai yang beranggapan hiburan dan sukan adalah dua perkara berbeza. Hakikatnya, kedua-duanya hampir sama, malah seperti tidak boleh dipisahkan. Orang ramai sanggup membayar harga yang tinggi untuk menonton filem, konsert atau persembahan teater, begitulah juga kaedahnya kesanggupan kita mendapatkan tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan dalam sukan. \rKalau ahli sukan menjadi duta produk berkaitan dengan kerjaya mereka, apa kurangnya dikalangan artis, personaliti dan selebriti. Sekiranya sukan dianggap sebagai satu industri bernilai jutaan atau bilion ringgit, hiburan juga mempunyai nilai yang sama. Cuma perspektif hiburan tidak harus dilihat secara sempit dan cetek. Hiburan bukan sekadar cerita pasal penyanyi dan pelakon.\rFilem Titanic, Avatar, Transfomers dan banyak lagi sudah menghasilkan kutipan bernilai lebih RM1 bilion ringgit apabila ditayangkan di seluruh dunia. Filem tempatan juga kini sudah mencapai kutipan kasar lebih RM10 juta.\rGosip artis dengan ahli sukan pun tidak kurang hebatnya. Oklah. Kita ketepikan dulu kisah ahli sukan tempatan yang berkahwin dengan artis. Tapi kita lihat betapa intimnya pemain pertahanan skuad bola sepak Piala Dunia Sepanyol, Gerard Pique dengan penyanyi Latin, Shakira. Apa kurangnya pemain pertahanan Chelsea dan England, Ashley Cole dengan kekasihnya, Cheryl, selain kebahagiaan bekas ketua pasukan England, David Beckam dengan bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria. \rBagaimanapun, kita mengharapkan suatu hari nanti ada sebuah karya sama ada filem, telefilem atau drama yang dihasilkan khusus untuk ahli sukan kita yang berjasa besar kepada negara. Dalam filem Mekanik, Othman Hafsham sudah membawa masuk Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam satu babak dia disaman polis trafik. Menerusi dialog filem Rock arahan Mamat Khalid disebut beberapa nama ahli sukan negara. Memfilemkan kerjaya mereka adalah sebahagian daripada mendokumentasi atau merakamkan sejarah ahli sukan kita. Ini mungkin termasuklah perjalanan penyokong sukan yang bersusah payah dan bersemangat berkobar-kobar ke stadium memberi sokongan kepada perlawanan membabitkan pasukan negara.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|