CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 1

Dengarnya...: Pelakon watak alim kaki tonggang

[Copy link]
Post time 1-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
LURUH hati Cik Normah apabila mendapat tahu dua pelakon yang turut menjadi kegemaran Cik Normah rupa-rupanya kaki perempuan dan kaki tonggang. Jadi tidak hairanlah kenapa rumah tangga seorang daripadanya berantakan, manakala yang seorang lagi pula kini berdepan masalah dengan kekasih.\rCik Normah pada mulanya enggan percaya cerita yang sampai ke telinga Cik Normah ini. Maklumlah mereka bukan saja pelakon yang berbakat, tetapi juga sering diberikan watak baik dan alim. Jadi apabila mereka dikatakan meneguk kencing syaitan bagai tak ingat dunia, Cik Normah berasa kecewa yang teramat sangat.\r\n\n\n\n\rApalah yang sedapnya kencing syaitan itu sehingga ramai yang menjadikannya seperti air mineral? Selain sering membawakan perwatakan orang alim dan kampung, apa yang membuatkan Cik Normah tambah tidak percaya kerana mereka sendiri berasal dari desa. Apabila melihat gaya mereka yang masih menebal ciri-ciri kemelayuan, Cik Normah tak sangka mereka akan pergi sejauh ini.\r\r\n\n\n\n\nMenurut si Sakura Sepi yang menyampaikan maklumat itu kepada Cik Normah, pelakon yang kini sedang berdepan masalah dalam percintaannya itu bukanlah mengusung kekasihnya untuk bersuka-ria. Sebaliknya dia tidak mengenali siapa wanita yang berdamping dengannya itu. Manakala pelakon yang bergelar duda itu pula dikatakan membawa pelakon baru, tetapi tidak begitu terkenal.\rCik Normah tak faham dengan orang macam ini. Punyalah banyak air yang sedap-sedap dan berwarna warni, kenapa air yang haram itu juga hendak diteguk mereka. Yang tak seronoknya, mereka sering diberikan watak baik-baik, jadi tak kenalah watak yang dibawakan mereka dengan perangai sebenar masing-masing. \rCik Normah berharap, kedua-dua sahabat baik ini dapat berubah. Memanglah kerjaya mereka sedang melonjak sekarang ini, tapi itu bukan alasan mereka untuk berseronok dengan benda-benda yang tidak elok. Apa salahnya kekal dengan jati diri kemelayuan. Ingatlah sikit macam mana susah payahnya awak nak membina nama. Apabila sudah dikenali seperti sekarang, cuba jangan persiakan kepercayaan yang diberikan peminat tu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 01:47 PM | Show all posts
pelakon pintu tobat ker??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063933 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list