View: 2864|Reply: 7
|
Keajaiban pesawat Boeing patah dua
[Copy link]
|
|
BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa pesawat Caribbean Airlines yang patah dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown, Guyana kelmarin.
GEORGETOWN - Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Caribbean yang membawa 163 penumpang terhempas dan patah dua ketika mendarat di Guyana pada malam kelmarin.
Namun, tiada seorang pun yang mati dalam nahas itu tetapi 12 orang mengalami kecederaan.
Pesawat Boeing 737-800 itu terbabas dari landasan dan melanggar pagar selepas ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown.
Pesawat itu terhenti beberapa meter dari gaung.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, punca nahas masih belum diketahui manakala para penyiasat dari Amerika Syarikat dan Guyana telah dihantar untuk mencari kotak hitam.
Para penumpang menjerit apabila pesawat itu hilang kawalan.
"Apa yang berlaku di Georgetown adalah sesuatu yang ajaib," kata Pengerusi Caribbean Airlines, George Nochloas yang melawat kawasan kejadian.
Pesawat milik syarikat dari Trinidad dan Tobago itu tiba di sini dari New York. - Reuters |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak mati... Georgetown kat Guyana ni, bukan kat Penang .. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh patah 2 tu..
kalah kete proton |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
berpantang maut sebelum ajal..... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik patah kat darat..klu tgh2 kt atas awan lgi naya |
|
|
|
|
|
|
| |
|