|
SOLAT DHUHA Murahkan Rezeki, Menolak Kepapaan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by niniewawaa at 25-10-2011 23:43
Gud info |
|
|
|
|
|
|
|
yup..really nice info..baru je 2,3 bulan ni bjinak2 buat solat dhuha..selalu sabtu ahad selalu buat, time keje kadang2..sbb bila xde kat seat je bos dh melilau tanya..malu la plak nak btau pegi surau .. |
|
|
|
|
|
|
|
tq for sharing..info yg amat berguna |
|
|
|
|
|
|
|
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
kt dunia ni,takde la kaya sgt,bercukupan la,tak payah sampai nak meminta2
tp yg menakutkan muflis di Akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for sharing.. Semoga Allah tambahkan keberkatan pada tt atas ilmu yang dikongsikan itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) |
|
|
|
|
|
|
|
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq for the infor..
Ada tak doa krusus solat dhuha ini dan ayat yang sesuai di baca selepas alfatihah? |
|
|
|
|
|
|
|
tq for the infor..
Ada tak doa krusus solat dhuha ini dan ayat yang sesuai di baca selepas alfatiha ...
hjrayle Post at 23-11-2011 10:25
لا إله إلاَّ الله.محمدرسو ل الله
rajin2 la dgr radio IKIM antara 8-10 am |
|
|
|
|
|
|
|
sye mmg niat nk solat dhuha nie..
tp slalu jer trlepas n ada jer sumting nk wat..
lgi stu tuh taw2 jer laa..
hasutan laknatullah..
moga2 driku beristiqamah bersyukur dgn nikmat Nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
seelok eloknya masa rakaat kedua , pada sujud yang akhir , bacalah doa ini sebanyak 40 kali atau seberapa yang boleh ...begitulah yang aku terbaca dalam buku amalan surah surah pilihan ...wallahu'alam
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul thread solat dhuha ni harap mod boleh merge kan :-)
Syukur aii diberi kemudahan utk buat solat Dhuha. Mmg rezeki dimurahkan Yang Esa. Dua hari lepas aii dpt duit dari Malaysia. MAk bagi sebab dia jual rumah. Tak sangka sungguh!! Syukur pada Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Saya pun xtau then partner saya bgtau kelebihan solat sunat ni sbb dia biasa buat. Dia slalu amalkan tapi saya ni mcm Lemau nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum, berkenaan solat dhuha ni. boleh kah solat sunat dhuha di waktu keje ? dimana majikan tak tahu yang kita buat solat sunat dhuha seperti majikan bukan islam misalnya. contoh satu syarikat yang global international. setiap urusan tidak boleh direct dgn ceo katakan. |
|
|
|
|
|
|
|
niniewawaa replied at 25-10-2011 03:36 PM
Post Last Edit by niniewawaa at 25-10-2011 23:44
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Ajaibnya solat dhuha
By Editor Yadim - Friday, 9 March, 2018
http://www.yadim.com.my/v2/ajaibnya-solat-dhuha/
Susunan WARTAWAN DAKWAH Solat sunat Dhuha memang ajaib! Mereka yang selalu mengerjakannya sahaja yang tahu keajaiban yang terkandung di dalamnya. Salah seorangnya pemuda ini, kita panggil saja dia Ahmad. Awalnya, Ahmad tidak pernah mengerjakan solat Dhuha. Apatah lagi jadual kerjanya sebagai pekerja kilang itu sangat padat dari pagi hingga ke petang. Oleh kerana tidak tahan dengan bebanan kerja, Ahmad mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, di tempat kerja baharu, jadual kerjanya lebih longgar. Organisasi tempatnya bekerja ini adalah sebuah organisasi Islam yang giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Majikannya sangat menekankan agar setiap pekerja menunjukkan akhlak dan budi pekerti Muslim sejati kerana percaya, dakwah akan lebih berjaya jika pendakwah menunjukkan teladan yang baik kepada sasarannya. Setiap pagi, pekerja digalakkan mengerjakan solat sunat Dhuha sepertimana wasiat Rasulullah SAW agar umatnya merutinkan solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (HR Bukhari)
|
|
|
|
|
|
|
|
Semenjak menjadikan solat Dhuha sebagai rutin harian, keajaiban demi keajaiban mula berlaku dalam hidup Ahmad. Pada hari pertama dia mengerjakan solat Dhuha, majikannya telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran cucu sulungnya.
‘Alhamdulillah, rezeki makan free,’ kata Ahmad dalam hati mensyukuri nikmat hari pertama dia mengerjakan solat Dhuha. Dalam hatinya, dia menyakini hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (HR Abu Dawud). Makan free hari ini adalah ‘rezeki segera’ yang Allah SWT janjikan dalam hadis Rasulullah ini.
Hari kedua dan seterusnya, pasti ada sahaja rezeki yang diperoleh. Sepertimana rezeki envelop biru yang diterimanya pada hari kelima usai mengerjakan solat sunat Dhuha.
Ahmad telah dipanggil oleh majikannya dengan tiba-tiba. Di dalam kepala, Ahmad jenuh memikirkan sebab-musabab mengapa majikannya mahu berjumpa dengannya. Adakah dia telah melakukan kesalahan tanpa disedarinya?
Pintu diketuk. Majikan mempersilakannya masuk. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk di hadapan meja majikannya itu, satu envelop biru dihulurkan kepadanya.
“Envelop apa ni, Bos?,” tanya Ahmad sambil membelek-belek envelop biru yang baru diterimanya itu.
“Bukalah,” jawab majikannya pendek sambil tersenyum.
Ahmad membuka envelop biru dengan perasaan bercampur-baur. Beberapa keping duit kertas RM50 kelihatan. Ahmad mengangkat muka memandang ke arah majikannya. Keliru.
Majikannya ketawa kelucuan melihat reaksi Ahmad.
“Janganlah buat muka begitu. Haha…jangan risau, anggaplah duit itu sebagai bonus kerana saya sangat berpuas hati dengan prestasi kerja yang telah awak tunjukkan dalam minggu pertama ini,” jelas majikannya itu. Sebenarnya, tiap minggu memang itulah rutin majikannya itu. Dia memang terkenal dengan sifat dermawan dan akan sentiasa memberi sedekah kepada pekerjanya mengikut prestasi kerja mingguan mereka. Minggu ini, nasib Ahmad pula yang baik.
Hari-hari seterusnya, Ahmad mula menanti-nantikan rezeki apa akan diperolehinya. Semenjak pagi, dia mula menghitung-hitung segala perkara yang terjadi. ‘Mungkin tak ada apa-apa rezeki aku hari ini,’ simpulnya setelah waktu kerja hampir tamat.
Seperti dicurahkan air sejuk, Ahmad tersentak. Pintu hatinya seolah diketuk. ‘Astaghfirullah…kenapa aku jadi begitu materialistik dalam menghitung rezeki setelah solat Dhuha. Aku seharusnya ikhlas dalam beribadah semata-mata kerana Allah, bukan kerana mahukan kesenangan dunia. Ibadahku tidak sepatutnya dipengaruhi oleh hal-hal duniawi.’
Semenjak dari itu, Ahmad bertekad untuk tidak menghitung-hitung balasan duniawi yang akan diperolehinya dari solat Dhuha, walaupun salah satu faedah solat Dhuha ialah dilancarkan rezeki. Dari pengalamannya, sudah jelas akan kelebihan dan keajaiban solat sunat Dhuha.
Betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya. – MAJALAH DAKWAH
|
|
|
|
|
|
|
| |
|