CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Woods harap tuah The Lakes ubah nasib

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Tiger Woods mungkin beraksi buat pertama kali di Sydney dalam tempoh 15 tahun selepas namanya disahkan menjelang Terbuka Australia November ini.\rJuara 14 kali kejohanan utama itu yang kemarau kejuaraan sejak menjuarai Masters Australia 2009 di Melbourne, mengharapkan tuah lapangan The Lakes untuk mengubah nasibnya.\r\n\n\n\n\r   “Saya teruja beraksi di Terbuka Australia,” kata Woods. “Saya tidak menyertai kejohanan ini sejak 1999 dan saya tidak sabar mahu kembali. Saya mempunyai pertalian kuat dengan golf Australia dan bersedia mengharungi cabaran The Lakes.”\r\r\n\n\n\n\n   Woods, yang tergelincir daripada kelompok 20 teratas selepas mengalami kecederaan di Terbuka Amerika Syarikat, kali terakhir beraksi di Terbuka Australia ialah ketika masih seorang rookie dan menamatkan permainan di tempat kelima.\rKejohanan yang bakal berlangsung 10-13 November itu turut menampilkan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Dustin Johnson dan Bubba Watson, juara bertahan Geoff Ogilvy dan naib juara dua gelaran utama, Jason Day.\rWoods akan beraksi di kejohanan kompetitif pertamanya minggu depan di Jemputan WGC Bridgestone dekat Ohio - lapangan yang setakat ini memberikan tujuh gelaran kepadanya. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039018 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list