CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Skuad pelapis sertai Trek Remaja Dunia

[Copy link]
Post time 5-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Arfy, Hamdan galas cabaran negara di Moscow\rMENJALANI latihan seperti biasa di bulan puasa, skuad pelapis berbasikal negara terpaksa berkorban menjelang persiapan ke Kejohanan Trek Remaja Dunia di Moscow, 17 hingga 21 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r   Jurulatih skuad pelapis, Suod Hussain berkata, latihan di gimnasium pada sebelah pagi berselang seli dengan kayuhan di trek dan lebuh raya menjadi jadual harian dua pelumba - Mohd Arfy Qhairant Amran dan Hamdan Hamidun yang tersenarai ke Russia.\r\r\n\n\n\n\n   “Kedua-dua pelumba kini bebas daripada sebarang kecederaan dan latihan berjalan seperti biasa biarpun Ramadan.  Saya perhatikan Arfy yang baru pulang menjalani latihan di Melbourne minggu lalu, berada pada prestasi baik terutama daripada aspek ketahanan,” katanya mengenai skuad negara yang bertolak Sabtu depan.\rArfy yang terkandas pada pusingan awal acara pecut dan keirin di Kejohanan Trek Remaja Dunia di Itali, tahun lalu, dijangka menyertai tiga acara - 200m pecut, keirin dan 1 kilometer ujian masa individu manakala Hamdan bakal menyertai perlumbaan mata, perlumbaan scratch, kejar-mengejar individu dan jika berkesempatan, acara omnium.\r“Ini adalah pendedahan terbaik bagi kedua-dua pelumba yang baru berusia 18 tahun ini menjelang menyertai acara peringkat senior tahun depan. Jika mereka menunjukkan prestasi baik, mereka berkemungkinan akan menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kuala Lumpur, Oktober ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.227116 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list