View: 223|Reply: 0
|
Lebih 140 program Merdeka di Astro
[Copy link]
|
|
SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Astro menyediakan lebih daripada 50 program yang menekankan semangat 1Malaysia.\rSemenatra itu, saluran baru iaitu MyMusic (saluran 138) menerusi kempen Negaraku The Best Of IMalaysia menyediakan 140 program bermula 15 hingga 16 September ini.\r\n\n\n\n\rKetua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata keindahan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum menjadi inti pati utama dalam program yang disiarkan oleh stesen TV ini. \r\r\n\n\n\n\n“Keindahan negara kita terletak kepada kemampuan masyarakat berbilang kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni serta saling menghormati walaupun berbeza latar belakang.\r“Kepelbagaian inilah yang mahu kami contohi menerusi program yang disusun. Astro juga menawarkan pelbagai pilihan kandungan yang menampilkan keunikan budaya kita menerusi pelbagai genre daripada bersejarah sehinggalah kepada kontemporari,” katanya.\rMenurutnya, hasil perkongsian bersama dengan rangkaian media global seperti Discovery Channel, National Geographic Channel, The History Channel, Disnet Channel serta saluran tempatan, Astro berharap semuanya menjadi pengisian terbaik kepada penonton.\rIstimewanya, pelanggan juga berpeluang untuk menonton pelbagai program baru seperti In Person: Unsung Heroes dan Meja Bulat Merdeka Special di Astro Awani (Saluran 501), Hotel of Malaysia dan Nature’s Keepers Malaysia di Discovery HD (Saluran 571) serta Marina Chin dan Ishtiaq Mubarak di Astro Arena (saluran 801).\r\n\n\n\n\rSelain daripada saluran antarabangsa, saluran Astro lain juga turut membariskan sajian istimewa khas untuk penonton sepanjang bulan kemerdekaan ini dan antaranya termasuklah Merdeka Day Specials (Disney Channel) serta Merdeka Special Musical Concert dan Tun V T Sambanthan di Astro Vaanavil.\rSaluran pilihan ramai ini juga dilihat cuba menyemai semangat 1Malaysia menerusi muzik yang diterbitkan sendiri oleh rakyat Malaysia di sebuah saluran baru iaitu MyMusic (saluran 318) yang boleh ditonton mulai 31 Ogos hingga 16 September ini sebagai sebahagian daripada kempen negaraku yang membuka peluang kepada belia negara untuk menghantarkan video muzik terbitan tempatan yang menampilkan bakat seni, suara dan elemen bunyian Malaysia.\rSempena kempen MyMusic ini, Astro turut memperkenalkan MyMusic Indiepretasi yang memberi peluang kepada artis muda tempatan untuk merakam semula 10 buah lagu yang diundi sendiri oleh rakyat Malaysia.\rAntara lagu-lagu yang tersenarai untuk gubahan dan rakaman semula termasuklah Balada Pemuzik Jalanan oleh kumpulan Search dan Standing in The Eyes of The World yang didendangkan oleh Ella.\rMenariknya, mereka yang berminat boleh melayari laman http://www.my music.my/ untuk mengundi 10 lagu terbaik yang mana lagu-lagu yang bakal disenarai pendek akan dirakam semula dan diberi gubahan baru serta segar oleh artis muda tempatan.\rLagu-lagu berkenaan juga boleh didapati secara muat turun digital dan akan diterbitkan dalam bentuk album kompilasi untuk edaran sekitar tahun ini serta masyarakat juga boleh menyertai peraduan reka cipta kulit album yang diadakan di lama sesawang rasmi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|