CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2282|Reply: 9

Chef lelaki mangsa cerai

[Copy link]
Post time 14-8-2011 08:04 AM | Show all posts |Read mode
2011/08/14
Isteri marah anak lebih suka masakan bapa untuk bersahur bulan puasa

KAHERAH: Seorang wanita Mesir mengemukakan permohonan cerai atas alasan bahawa kemahiran memasak suaminya lebih hebat berbanding dirinya sendiri, lapor akhbar Al-Masry Al-Youm.


Media tempatan melaporkan, tragedi perceraian pasangan berkenaan, Mohammed Said dan isterinya, Nahal, berlaku pada awal Ramadan.

Mohammed Said adalah seorang tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Kaherah, ibu kota Mesir. Beliau dikatakan mengejutkan keluarganya dengan kemahiran memasak apabila mengambil alih tugas dapur daripada isterinya ketika permulaan Ramadan kali ini.

Atas sebab itu, Nahal memutuskan untuk bercerai dengan suaminya, lebih-lebih lagi selepas dua anak lelakinya mahukan bapa untuk mengambil alih tugas memasak sahur bagi hidangan keluarga.

Menurut akhbar Al-Masry Al-Youm, Nahal berasa malu apabila anaknya menganggap dia sebagai seorang tukang masak yang teruk.

Tidak lama selepas itu, Nahal mengambil keputusan ke mahkamah bagi memohon cerai Khula kerana berasakan dia bukan isteri baik.

Khula adalah satu fasal berdasarkan undang-undang Islam merujuk kepada hak bagi seseorang wanita untuk mendapatkan perceraian dan menerima nafkah.

Apabila suaminya dimaklumkan mengenai saman berkenaan, dia menegaskan dirinya tetap mencintai Nahal dan anak serta sekadar mahu membantu isteri apabila pulang ke rumah dari tempat kerja meskipun dalam keadaan letih.

Bagaimanapun, Nahal yang dikahwininya selama 10 tahun berkata di hadapan pegawai Biro Penyelesaian Pertikaian Keluarga bahawa beliau mahu mengambil alih tugas memasak bagi membolehkan suaminya menumpukan perhatian kepada ibadat sepanjang Ramadan ini. – Agensi

  macam macam... sepatutnya bersyukur pasal hubby terror memasak... nie, rasa tercabar lak... dah tau cam tue, belajo belajo ler memasak puan oitttteeeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 09:27 AM | Show all posts
mcmni pn ada...kalo aku, suka sgt laki aku msk sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:27 AM | Show all posts
pulok dahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:17 AM | Show all posts
dier xnak suami mengambil alih tugas isteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:42 AM | Show all posts
pulokkk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:06 AM | Show all posts
niat dia pon baik gak, dah salu laki dia dok kat hotel, tiba ramadan, leh la beribadat bagai
cuma bila sampai bercerai jadi kelakar...

dua2 baik pekerti ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 08:15 PM | Show all posts
kalau kat mesia si emaknyer memang rasa syukor sangat2 dpt bapak camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 09:57 AM | Show all posts
kalau aku la kan, gumbira tak terkata dpt suami yg pandai masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 08:45 PM | Show all posts
ai rasa ada sesetgh perempuan cam tercabar bila somi sindri lagi expert memasak dari isteri...nak2 lagi anak sindri cakap masakan mak tak sedap,musti terasa hati kn... for me,wanita ni berniat mulia tapi bila jadi camni,dia rasa di rendah taraf oleh anak sindri...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 10:29 PM | Show all posts
cerai la...cari somi mls msk,ko msk je best kn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.193179 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list