CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Krisis Iraq, Syria semakin buruk

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumpahan darah cemar Ramadan\rKUT: Letupan bom menggegarkan lebih 12 bandar raya di Iraq semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh, termasuk 40 orang daripadanya dalam dua letupan serentak  di Kut, bandar raya di selatan negara itu, keganasan terbaru ketika umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.\r\n\n\n\n\rLaporan menyatakan keganasan berlaku di Kirkuk di utara hingga ke Baghdad dan merebak ke Najaf, Kut dan Karbala juga mencederakan lebih 300 orang mencetuskan persoalan terhadap keupayaan pasukan keselamatan Iraq selepas  rundingan terbuka mengenai misi latihan ketenteraan yang dijadual berakhir dengan pengunduran Amerika. \r\r\n\n\n\n\nDalam serangan berdarah semalam, kereta yang dipenuhi bahan peledak  meletup selang beberapa minit dengan bom yang diletupkan di tepi jalan pada jam 8 pagi di pusat Kut, kata pegawai keselamatan dan perubatan.\r“Sehingga kini kami sudah menerima 33 mayat dan merawat 53 mangsa cedera,” kata doktor di Hospital al Zahra, Kut, Ali Hussein.\rSerangan berkenaan   yang terburuk di bandar itu sejak 3 Ogos 2010 apabila dua kereta dipenuhi bom meletup membunuh 33 orang dan serangan seorang pengebom bunuh diri mengorbankan 35 orang di Taji, di pinggir Baghdad pada 5 Julai.\rDi Baquba di utara Baghdad, empat tentera dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan senjata senyap yang menyasarkan tentera Iraq di pusat pemeriksaan awal pagi Isnin.\r\n\n\n\n\rTiga lagi letupan bom di Baquba dan pekan selatannya menyebabkan 31 cedera, kata pegawai yang menambah pejabat kerajaan wilayah turut dikosongkan.\rDi Tikrit, tiga polis terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila dua pengebom bunuh diri meletupkan bom dalam biro anti pengganas di bandar, kata pegawai operasi di wilayah Salaheddin.\rDua bom kereta, satu daripadanya diletupkan pengebom bunuh diri turut membunuh dua orang dan mencederakan 17 lagi di Najaf.\rSementara itu di Damsyik, Syria, bot tentera digunakan buat kali pertama di bandar Latakia di pesisir laut Mediterranean, apabila beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan perarakan bagi mendesak Presiden Bashar Assad meletak jawatan. Aktivis pula berkata, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian berkenaan. \rSerangan  tentera darat adalah tindakan keras terbaru dalam usaha kerajaan Presiden Assad menghalang tunjuk perasaan bulan ini yang memberi isyarat beliau tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan penentang.  – AP/AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.244396 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list