CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Bashar, Gaddafi semakin agresif

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khemah pelarian Palestin kena bedil di Latakia, tentera Libya guna Scud serang pemberontak\rBEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dianggap semakin terdesak selepas mengarahkan pasukan bersenjata masing-masing meningkatkan kekerasan terhadap penentang.\r\n\n\n\n\rLaporan dari Damsyik menyatakan, angka kematian meningkat kepada 35 orang selepas tentera Syria membedil kota Latakia buat hari ke-4, semalam.\r\r\n\n\n\n\nBashar memperhebat serangan bagi menghapuskan penentangan terhadapnya sejak lima bulan lalu mulai awal Ramadan menggunakan kereta kebal, tentera darat dan penembak curi, meskipun dikutuk dunia luar.\rBashar melancarkan operasi tentera di kubu penentang termasuk Hama, bandar Deir el-Zour di timur dan bandar tengah, Homs serta terbaru bandar pelabuhan Latakia.\rKebanyakan serangan disasarkan ke kawasan miskin al-Ramel, al-Shaab dan Ein Tamra. Al-Ramel menempatkan khemah pelarian Palestin selain penduduk bergaji rendah Syria.\rIa menyebabkan 5,000 warga Palestin lari meninggalkan tempat tinggal mereka, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\r\n\n\n\n\rAgensi Kerja dan Bantuan PBB (UNRWA) menyatakan, seramai 10,000 pelarian Palestin berada di kawasan berkenaan.\rDi Benghazi, penyokong Gaddafi melancarkan peluru berpandu Scud buat kali pertama dalam perang saudara negara itu selepas gagal menyekat kemaraan pemberontak yang diiktiraf Barat.\rKemaraan pemberontak menyebabkan Gaddafi semakin tertekan, dakwa pegawai pertahanan Amerika Syarikat.\rPemberontak yang berusaha menamatkan pemerintahan Gaddafi selama 41 tahun, menawan dua bandar strategik dekat Tripoli membolehkan mereka memotong bekalan elektrik ke ibu negara.\rPeluru berpandu Scud dilancarkan awal Ahad lalu dari satu lokasi 80 kilometer ke timur Sirte, kampung halaman Gaddafi dan mengenai bandar pelabuhan Brega.\rSerangan peluru berpandu itu tidak menyebabkan  kecederaan dan tiada ulasan dibuat dari Tripoli mengenainya.\rPelancaran peluru berpandu Scud itu dianggap tidak membahayakan kerana ia tidak tepat dan menunjukkan Gaddafi semakin terdesak, kata Shashank Joshi, Felo Bersekutu di Institut Diraja Royal United di Britain.\r“Sudah terbukti bahawa ia menunjukkan keadaan rejim  semakin tersepit,” katanya.\rDalam tempoh enam bulan lalu, tentera Gaddafi menggunakan roket jarak dekad Grad manakala Scud mempunyai jarak sasaran 300 kilometer. – AP/Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.192297 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list