CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 1

Belajar melalui YouTube untuk hasilkan video

[Copy link]
Post time 17-8-2011 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HaMiZiE at 17-8-2011 10:04


JUARA kategori sekolah menengah, Lee Shan Shan (kiri) dan Lee Ching Ching bersama Irdina Hani Muh Rasli dan Muhd. Ikmal Hakimi (kanan) yang menjuarai kategori sekolah rendah selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik peringkat kebangsaan 2011 di Hotel Shangri La, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 16 Ogos - Baru berusia sembilan dan 11 tahun tetapi Irdina Hani Muhammad Rasli dan abangnya, Muhammad Ikmal Hakimi Muhammad Rasli sudah mampu menghasilkan sebuah video klip berkonsepkan sains dan matematik.

Bukan itu sahaja, video klip yang dihasilkan oleh murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Sarawak itu juga berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2001 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Lebih menarik, adik beradik itu tidak pernah mendapat pendidikan formal untuk menghasilkan video sama ada di sekolah atau melalui kelas video. Sebaliknya hanya belajar melalui video tutorial YouTube sejak setahun yang lalu.

Menurut Muhammad Ikmal, dia dan adiknya menghasilkan video klip tersebut sendiri dan hanya sesekali mendapat tunjuk ajar ibu bapanya serta guru di sekolah.

Katanya, cabaran paling besar adalah kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan dan rujukan sains dan matematik di sekolah serta keadaan komputer yang uzur.

"Untuk menghasilkan video ini kami mengambil masa selama tiga hari disebabkan kesuntukan masa kerana tarikh tutup penyertaan yang sudah hampir tamat.

"Namun, hasil dorongan dan galakan ibu bapa, guru dan rakan sekolah, kami akhirnya berjaya menghasilkan video itu dengan menggunakan perisian Adobe After Effects," katanya kepada pemberita sambil ditemani bapanya, Muhammad Rasli Mohd. Rais di sini, hari ini.

Selaku juara, adik beradik itu membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi dan sijil penyertaan, manakala pihak sekolah pula menerima wang tunai RM10,000.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertandingan yang diadakan selama dua bulan bermula 5 April dan berakhir pada 15 Jun lalu itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah... (Credit to UM)

Anak sarawak kedak tok lah yang patut dibanggakan .... Untung ner mak pak anak anak dua orang tok... very genius, anak melayu study kat sekolah cina... sure terror speaking mandrain... exposure to IT digunakan ngan sebait baitnya... Sik kedak remaja remaja kinek tok, suma bidio nak didownload ke dalam utube sumanya sampah... mun sik bidio orang eksiden, sure gambar tengah ngentei orang tengah molah maksiat ...   ... or bidio dirik empun @ bidio syok sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 10:35 AM | Show all posts
ooo yeahhhh!!...swk boleh...bangga jd miak swk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.330606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list