View: 104|Reply: 0
|
Quzandria, Qabil buat kejutan
[Copy link]
|
|
Tarik diri sertai Sukan SEA 2011 untuk beri laluan kepada ekuin baru\rSKUAD ekuestrian negara menerima tamparan hebat selepas jaguh sukan berkuda negara, Qabil Ambak sah tidak akan menyertai Sukan SEA di Jakarta, November ini.\r\n\n\n\n\r Penunggang berusia 31 tahun itu membuat keputusan mengejut sebagai membuka laluan kepada muka baru mewakili negara dalam temasya dwi-tahunan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya sudah kerap mewakili negara dan kini sampai masanya saya memberi laluan kepada ekuin baru menyahut cabaran di peringkat antarabangsa,” katanya yang berjaya memenangi sembilan emas pada tiga penyertaan Sukan Sea (2001, 2005 dan 2007).\rTambah perit, Qabil juga berkata adiknya, Quzandria Nur juga mengambil keputusan sama tidak menyertai temasya dwi-tahunan itu.\rQabil yang kini masih kekal selaku jaguh Asia Tenggara berkata, kedua-dua mereka sekarang ini mahu memberi tumpuan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.\rKetiadaan adik beradik itu di Sukan SEA bakal menyaksikan cabaran negara digalas penunggang baru, antaranya Nurin Salleh, Nabil Ismail dan Andika Jamaluddin.\r\n\n\n\n\rDi Sukan SEA nanti Malaysia akan menghantar lapan penunggang menyertai acara show jumping, dressage dan eventing.\rQabil berkata, dia dan adiknya akan menyertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|