View: 118|Reply: 0
|
Russia sentap nafsu Malaysia
[Copy link]
|
|
SASARAN skuad bola sepak negara kini terarah untuk memperbaiki kedudukan ranking ke-12 yang diraih di Bangkok 2007 selepas mencatat kekalahan ketiga berturut-turut, terakhir 2-0 kepada Russia, semalam.\rPada perlawanan terakhir Kumpulan B, skuad bimbingan jurulatih Aminuddin Hussin nyata bukan tandingan buat Russia yang bernafsu selepas menewaskan juara bertahan, Ukraine, sebelum ini. \r\n\n\n\n\r “Sasaran awal kita sebenarnya adalah memperbaiki kedudukan ke-12 pada 2007 lalu, jadi kita tidak begitu letakkan harapan tinggi pada perlawanan peringkat ini,” kata Aminuddin.\r\r\n\n\n\n\n “Lawan yang mungkin kita temu adalah sama ada Thailand atau Republik Czech yang saya lihat menjadi perlawanan penting kami dan tiga perlawanan kumpulan sebelum ini menjadi persiapan yang bagus untuk kami.”\rHujan lebat sedikit sebanyak mengganggu rentak perlawanan kedua-dua pasukan tetapi Russia lebih banyak mengasak yang menyaksikan gawang negara bocor pada minit ke-25 menerusi jaringan Oleg Pravilo.\rDua minit sebelum separuh masa pertama tamat, Dmitry Ryzhov menggandakan jaringan Russia selepas bijak mencuri peluang akibat kelalaian pertahanan negara yang dikemudi Bunyamin Umar dan Aiman Syazwan Abdullah.\rSekalipun terus menguasai permainan di babak kedua, Russia gagal menambah jaringan untuk keputusan kekal 2-0 sehingga wisel penamat.\r\n\n\n\n\r“Pemain sudah melakukan sedaya upaya tetapi Russia terlalu kuat,” kata Aminuddin. “Mereka adalah pasukan terbaik kumpulan dengan menundukkan Ukraine dan mengikat Brazil, sekalipun beraksi dengan 10 pemain.”\rMalaysia akan kembali beraksi esok tetapi tanpa Muhd Nursalam dan Khairul Naim Mahyuddin yang digantung perlawanan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|