|
Eksport Sukkari, Khlas naik pada Ramadan\rDAMMAM: Dua spesies buah kurma, Sukkari dan Khlas, mendapat permintaan paling tinggi dikalangan umat Islam pada Ramadan untuk dijadikan juadah berbuka di Arab Saudi, ketika pengeluar hasil pertanian itu terus mengaut keuntungan besar dengan peningkatan pengambilan buah kurma.\r\n\n\n\n \rPengeluar kurma terbesar terutama dari wilayah Al-Hassa dan Qassim berkata kurma Sukkari dan Khlas adalah pilihan ramai kerana rasanya yang lebih enak berbanding jenis lain.\r\r\n\n\n\n\n“Eksport kurma meningkat pada Ramadan. Pengeksportan bermula beberapa bulan sebelum kedatangan Ramadan,” kata seorang peniaga yang menambah kurma Arab Saudi lebih digemari kerana bermutu tinggi.\r“Negara luar turut mahukan buah kurma dari Arab Saudi kerana rasanya yang lazat dan bermutu. Arab Saudi adalah negara di mana agama Islam mula berkembang,” katanya.\rDi pasar runcit tempatan, jualan kurma juga meningkat. \r“Menjelang Aidilfitri, pasaran kurma akan menjadi lebih laris dan jualan meningkat,” kata pengurus jualan satu daripada pemborong dan peruncit kedai buah kurma di al-Khobar. \r\n\n\n\n\r“Orang ramai bukan hanya membeli untuk kegunaan sendiri tetapi sebagai hadiah kepada rakan dan jiran,” katanya.\rBeliau berkata kebanyakan pelanggan sepanjang Ramadan lebih suka membeli tamar yang mempunyai ciri berbeza. \r“Jenis Sukkari dan Khlas lazimnya paling digemari terutama jika ia ditambah dengan inti kacang seperti pistachio untuk menggantikan bijinya,” katanya.\rKetua jurujual kedai buah kurma terkenal di Al-Khobar yang mempunyai ladang dan kilang di Qassim, Ahmed berkata harga kurma istimewa yang diletakkan kacang, hiasan dan dibungkus menarik mencecah SR95 (RM75.45) sekilogram.\r“Tambahan kos untuk hiasan dan pembungkusan khas yang menjadikan produk itu istimewa,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|