View: 152|Reply: 0
|
‘Pelaburan China berhasil’
[Copy link]
|
|
Malaysia masih tercari-cari pengganti saya: Chong WeiSEKALI lagi China – pasukan Naga Merah – membuktikan Tembok Besar kekal utuh dan tidak mampu dirobohkan mana-mana negara apabila menyapu bersih semua lima gelaran dunia yang menjadi rebutan pada Kejohanan Badminton Dunia yang berakhir di London pada 14 Ogos lalu.\rSekali lagi juga jutaan rakyat Malaysia kecewa apabila impian besar mahu melihat pemain negara diterajui jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menamatkan kemarau 34 tahun memenangi kejuaraan berprestij itu buat pertama kali sejak ia diperkenalkan pada 1977, tidak kesampaian.\r\n\n\n\n\r Dan sekali lagi episod sama seperti tahun lalu di Paris berulang apabila kejuaraan yang hampir berada dalam genggaman terlepas apabila Chong Wei buntu dua kali menamatkan perlawanan pada mata akhir 20-19 dan 21-20 ketika menentang seteru, Lin Dan di final yang menyebabkan impian besarnya dan negara turut musnah. \r\r\n\n\n\n\n Nampaknya, badi kejuaraan kejohanan berprestij itu terus menghantui pemain negara dan sehingga kini kita tidak mempunyai jawapan tepat di sebalik kegagalan mereka memenanginya walaupun memiliki nama besar dan berstatus pemain nombor satu dunia. \rApa pun, kegagalan di Arena Wembley wajib menjadi iktibar kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam merangka dan menentukan hala tuju badminton negara, apa lagi, Chong Wei yang menjadi ‘anak emas’ badan induk itu kian menuju penghujung kerjaya.\rAgak malang kerana hingga hari ini kita masih belum dapat mencari pengganti setarafnya menyaksikan kudrat serta tenaga pemain berusia 29 tahun itu terus ditagih serta dikerah.\rJusteru, BAM diterajui Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh perlu berbuat sesuatu sebelum terlambat dalam memastikan negara dapat melahirkan pengganti setarafnya dalam masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi dengan perkara utama yang perlu dikaji semula ialah sejauh mana program latihan dijalankan selama ini berkesan.\r\n\n\n\n\rBadan induk itu juga perlu sanggup berbelanja dengan menghantar lebih kerap pemain pelapis menyertai lebih banyak kejohanan bagi menimba pengalaman serta membina keyakinan diri dan bukannya memerap mereka dengan hanya menjalani latihan.\rChong Wei juga setuju dengan saranan agar pemain pelapis diberi lebih banyak peluang menyertai pertandingan seperti yang dilakukan China.\r“Perkara biasa melihat China menghantar empat atau lima pemainnya menyertai sesuatu kejohanan sedangkan kita hanya menghantar dua pemain dan kadangkala hanya saya terpaksa berseorangan menggalas cabaran.\r“Jadi, kita sudah lihat pelaburan China itu berhasil dengan mereka sudah memiliki beberapa pemain yang boleh menggantikan tempat Lin Dan, tetapi kita pula masih tercari-cari pengganti terbaik saya. Saya bimbang dengan situasi ini dan tindakan drastik perlu diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|