CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 3

Pelakon Bollywood anjur majlis Iftar

[Copy link]
Post time 21-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MUMBAI: Jadual penggambaran yang padat dalam  Ramadan tidak menghalang kebanyakan artis dan kru filem Bollywood beragama Islam untuk meneruskan ibadat puasa mereka biarpun terpaksa berbuka di lokasi penggambaran. Malah ada di kalangan produksi dan bintang filem diketahui akan mengatur majlis  berbuka untuk rakan mereka yang berpuasa.\r“Mustahil untuk kami pulang ke rumah dan berbuka puasa, jadi biasanya kami akan berbuka puasa di set penggambaran. Semua kru  beragama Islam dan bukan Islam berhimpun bersama ketika Iftar (berbuka puasa),” kata seorang kakitangan kru  penggambaran.\r\n\n\n\n\rMalah seorang anggota kru  mengingati bagaimana ibu  pelakon Salman Khan akan menghantar hidangan berbuka puasa ke lokasi cukup untuk dinikmati semua orang yang terbabit dalam penggambaran bersama aktor berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“Ibu Salman sentiasa menghantar banyak makanan ke set penggambaran. Hidangan nasi beriani ketika Aidilfitri menjadi satu kemestian kepada mereka dan mereka yang pernah merasa beriani berkenaan akan cepat mengakui bahawa ia adalah yang terbaik pernah mereka rasai,” kata seorang daripada mereka.\rMengingati semula satu daripada filem awal beliau, Marigold  kru berkenaan berkata, makanan khas dihantar untuk Salman jauh hingga ke Gorai di mana mereka menjalani penggambaran.\r“Makanan yang sampai bukan hanya untuk Salman tetapi cukup untuk kami yang lain juga menikmatinya,” katanya.\rPelakon Dia Mirza dan Zayed Khan yang baru habis menjalani penggambaran filem mereka baru-baru ini mendedahkan bahawa adalah sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana kru  penggambaran akan bersama ketika Iftar.\r\n\n\n\n\r“Sama ada anda seorang pelakon atau hanya seorang budak suruhan biasa, semua orang bersama-sama meraikan waktu berbuka puasa,” kata Dia.\rMalah Zayed menambah: “Ia bukan sama ada anda Islam atau tidak tetapi semua orang akan bersama untuk meraikannya.”\rBintang filem lain yang diketahui akan menganjurkan majlis jamuan berbuka puasa di rumah termasuk Sanjay Dutt, Fardeen Khan dan Saif Ali Khan.\r“Kali ini, majlis berbuka puasa mungkin menjadi satu acara yang besar bagi Sanjay. Ia akan menjadi Aidilfitri pertama pasangan kembarnya dan Sanjay merancang untuk bersama meraikannya,” kata satu sumber.\r“Ketika menjalani penggambaran, ramai yang tidak dapat berpuasa tetapi kebanyakan mereka akan berpuasa pada hari-hari terakhir atau hari di antaranya. Bagi majlis Iftar hampir semua pelakon  akan berhimpun dengan rakan mereka,” kata sumber lain sambil menambah bahawa Sanjay mengadakan majlis berbuka puasa besar-besaran tahun lalu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 10:35 AM | Show all posts
payah nk baca...plez la edit
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply 2# shitakee

dy ni mmg slalu anta post mcm ni. lenkali kalo thread yg dy ni bukak.ko takyah baca..mmg sakit ati
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 11:45 AM | Show all posts
payah nk baca...plez la edit
shitakee Post at 21-8-2011 10:35



   Dia ni hari-hari pun post thread seumpama ini. Tak tahu macam mana nak baca. Cuma main copy and paste sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041647 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list