|
LONDON: Andre Villas-Boas (kiri) merayu penyokong setia Chelsea supaya lebih bertolak ansur dengan pemain dalam usaha mereka merampas semula kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester United.\rPengendali Blues yang berharap usaha membawa masuk penyerang Valencia, Juan Mata dapat disempurnakan secepat mungkin, mengecap kemenangan kompetitif pertama kelmarin apabila Chelsea bangkit sebelum menewaskan West Bromwich Albion 2-1 di Stamford Bridge.\r\n\n\n\n\rWest Brom mendahului babak pertama hasil jaringan Shane Leong dan sebahagian besar penyokong mula melaungkan “boo” kepada pemain Chelsea ketika rehat.\r\r\n\n\n\n\nChelsea kemudian bangkit dengan dua gol menerusi Nicolas Anelka dan pemain gantian, Florent Malouda untuk kemenangan yang melonjak mereka ke tangga ketiga liga, empat mata daripada dua perlawanan. \rVillas-Boas tampil meminta penyokong lebih “sporting” pada masa depan.\r“Untuk mengharungi musim mencabar EPL, kami memerlukan sokongan,” katanya. “Penyokong harus lebih “sporting” jika mahu melihat pasukan ini menjadi juara lagi,” katanya.- AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|