View: 161|Reply: 0
|
Terjun raih satu gangsa lagi
[Copy link]
|
|
Acara berpasukan wanita sumbang pingat ketiga kontinjen negaraGANGSA menutup tirai pungutan pingat kontinjen negara di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen menerusi acara terjun berpasukan wanita, semalam.\rSelepas cemerlang menghadiahkan perak dan gangsa sebelum ini, catatan dikumpul kesemua penerjun wanita negara 2336.23 cukup bermakna sekalipun China gah meraih emas diikuti Amerika Syarikat (perak). \r\n\n\n\n\r Sekalipun gandingan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee menamatkan acara semalam di kedudukan kelima 3 meter papan anjal seirama, catatan 272.40 mereka memadai buat skuad terjun menggapai satu lagi pingat di Universiade.\r\r\n\n\n\n\n Catatan mereka dibantu dengan pencapaian semua acara 1 dan 3 meter papan anjal serta 10 meter platform individu dan seirama yang turut disumbang Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong.\rJurulatih negara, Yang Zhu Liang berkata, ini kali pertama penerjun di bawah bimbingannya beraksi dalam acara berpasukan, jadi gangsa itu dianggap satu pencapaian yang bagus.\r“Saya pada mulanya tidak mengetahui ada acara berpasukan sehingga hari pertama pertandingan, jadi saya mengubah strategi dengan menyenaraikan Mun Yee dalam dua acara tambahan 10 meter.\r“Kita sebenarnya berpeluang mencatat sesuatu yang lebih baik tetapi mungkin tuah tidak memihak kita terutama menerusi Pandelela (Rinong),” katanya.\r\n\n\n\n\rZhu Liang berkata, prestasi yang ditampilkan semua penerjun termasuk yang baru diberi pendedahan seperti Pardika (Indoma Pamg) cukup membanggakan.\rDalam pada itu, Mun Yee yang mentafsirkan pencapaian di Universiade Shenzhen sebagai yang terbaik baginya selepas dua percubaannya sebelum ini gagal.\r“Secara keseluruhan, persembahan di Universiade kali ini memuaskan meskipun saya perlu menambah dua acara, selain kurang menjalani latihan,” kata Mun Yee yang pulang dengan tangan kosong di Turki 2005 dan Korea Selatan 2003.\rPengurus pasukan, Mohd Hanif Mohamad berkata, skuad negara menunjukkan tahap profesional yang tinggi dengan budaya menguruskan diri mantap hingga menjadikan mereka satu-satunya skuad yang menghadiahkan pingat buat negara.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|