CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

8,000 penerbangan batal angkara Irene

[Copy link]
Post time 28-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khidmat kereta api  bawah tanah, pengangkutan awam turut terjejasNEW YORK/WASHINGTON: Hampir 8,000 penerbangan dibatalkan hujung minggu ini ketika Taufan Irene menyerang pantai timur Amerika Syarikat ke arah New York, memaksa syarikat penerbangan memindahkan pesawat ke kawasan lebih selamat dan menghentikan perkhidmatan di hub paling sibuk negara itu.\n\n\n\nTindakan membatalkan penerbangan itu sebahagian usaha sektor perniagaan dan kerajaan untuk mengurangkan kesan  serangan Taufan Irene terhadap orang awam.\n\n\n\n\n   Rangkaian kereta api bawah tanah dan sistem bas serta perkhidmatan rel penumpang turut merancang menghentikan perkhidmatan. Pemandu kenderaan digesa tidak berada di atas jalan raya manakala jambatan utama ditutup jika angin taufan melebihi kelajuan tertentu.Ketika pihak berkuasa dari Washington sehingga ke Boston bersedia menghadapi angin kencang, hujan lebat dan banjir, syarikat penerbangan besar menasihatkan penumpang untuk mempertimbangkan semula rancangan perjalanan.Tiga lapangan terbang utama di kawasan New York melaporkan lewat kelmarin mereka akan menghentikan ketibaan pesawat domestik dan luar negara pada tengah hari (1600 GMT) semalam. Pelepasan masih dirancang sehingga notis lanjut, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan di New York dan New Jersey.Syarikat penerbangan besar sudah membatalkan banyak jadual perjalanan berjadual New York sehingga Isnin.\n\n\n\n“Kami menyiapkan bekalan seperti kain tebal untuk menutup komputer dan peralatan elektronik jika kami menutup terminal dan papan nipis supaya jika ada sebarang kerosakan kaca kami boleh segera melindungi kawasan terbabit,” kata  jurucakap bagi American Airlines, unit AMR Corp., Ed Martelle.Kawasan timur laut dianggap paling padat dalam ruang udara Amerika dengan Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy dan LaGuardia di New York dan Newark di New Jersey menguruskan hampir 100 juta penumpang domestik dan antarabangsa setiap tahun.Gangguan di wilayah itu  berlanjutan di seluruh negara dan menjejaskan penerbangan antarabangsa.Ribut terburuk dijangka menyerang kawasan tengah Atlantik lewat malam ini dan tengah hari, esok.Kebanyakan syarikat penerbangan dijangka menutup operasi selama kira-kira 24 jam, kata pihak berkuasa syarikat penerbangan dan pengangkutan.Perkhidmatan pengesanan syarikat penerbangan online Flightaware.com berkata syarikat penerbangan membatalkan 460 penerbangan kelmarin, 2,800 semalam dan lebih 4,700 hari ini.Delta Air Lines membatalkan 1,300 penerbangan dari semalam sehingga Isnin. Ia termasuk semua operasi bermula hari ini di New York dan Newark.American Airlines akan menghentikan operasi di New York bermula pertengahan pagi semalam sehingga hari ini.  Ia juga membatalkan 265 penerbangan di tiga lapangan terbang di Washington semalam dan lebih banyak hari ini.JetBlue Airways, berpusat di JFK, membatalkan hampir 900 penerbangan sepanjang Isnin.United Airlines, syarikat penerbangan terbesar dunia yang mempunyai hub timur di Washington Dulles dan Newark, akan membatalkan 2,300 penerbangan. – ReutersUS Airways, yang mempunyai banyak operasi dari Pantai Timur ke Washington, Philadelphia dan LaGuardia, akan membatalkan 311 penerbangan semalam dan tambahan 1,000 lagi hari ini.Seorang penganalisis dengan Dahlman Rose & Co,    Helane Becker,  menganggarkan kesan kerugian kepada syarikat penerbangan akibat ribut mungkin sekitar AS$5 juta (RM14.93 juta) jika Irene melepas kawasan pantai sehingga AS$30 juta dan AS$40 juta (RM89.55 juta hingga RM119.40 juta) jika diserang secara langsung.Pentadbir Pihak berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) Randy Babbitt, di jaringan penerbangan Boeing di Everett, Washington, untuk satu upacara menandakan persijilan komersial pesawat Dreamliner 787 Boeing Co, berkata agensi itu berpakat dengan US Airways dan “bertindak” segera jika menara kawalan ditutup.FAA dalam satu kenyataan berkata ia sedang berusaha melindungi menara kawalan udara dan kemudahan lain serta peralatan daripada sebarang kerosakan akibat ribut. Membolehkan penerbangan diteruskan segera juga kritikal bagi menyokong sebarang usaha bantuan bencana. –  Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.416313 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list