CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 13

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

[Copy link]
Post time 3-9-2011 08:38 AM | Show all posts |Read mode
STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.



CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.
Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.
Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.
Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.
Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.
Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2011 08:39 AM | Show all posts
Menyerupai Taman Tergantung Babylon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:07 AM | Show all posts
cantik..tak gayat ke duduk tinggi tinggi mcm tu? hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 3# KimoraHakim


    Pastinya tidak gayat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:14 PM | Show all posts
let say, kalo building ni dihasilkan... nak tunggu berapa tahun erk sebelum diiktiraf sebagai one of wonder in the world...????
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 12:35 AM | Show all posts
let say, kalo building ni dihasilkan... nak tunggu berapa tahun erk sebelum diiktiraf sebagai one of ...
HaMiZiE Post at 3-9-2011 21:14


skrg dah x der wonder world dah

semua pun diaorg boleh buat... arkitek skrg ni hebat giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2011 09:02 AM | Show all posts
skrg dah x der wonder world dah

semua pun diaorg boleh buat... arkitek skrg ni hebat giler
sosimple Post at 4-9-2011 00:35


kalo sesuatu tu nak diiktiraf sebagai one of wonder in the world... ianya perlulah sesuatu yang mustahil dan susah untuk dihasilkan oleh teknologi zaman sekarang tetapi mampu direalisasikan dan mampu dinikmati oleh generasi generasi zaman akan datang.... mungkin teknologi tersebut cuma exist pada generasi generasi pada masa akan datang.... sesuatu yang melangkaui kemampuan teknologi zaman sekarang dan teknologi tersebut cuma akan wujud 50-100 tahun yang akan datang...

menara effiel tu.. rasanya cam biasa jerrr ... (kira baru lagi... umo dalam lingkungan ~130 thn)
taj mahal... teknologi pembinaan building tu unik sesangat dan kisah disebalik pembinaan taj mahal memang membuat taj mahal sesuatu yang teramat istimewa... (consider masih baru lagi... umo dalam lingkungan ~400 thn)

great walls... pirmaid kat egypt ... yang ni memang leh dianggap wonder of the world... umo dah beribu ribu thn tetapi still gah lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 10:07 AM | Show all posts
skrg dah x der wonder world dah

semua pun diaorg boleh buat... arkitek skrg ni hebat giler
sosimple Post at 4-9-2011 00:35



    Teknologi melampau-lampau... tak tahu generasi akan datang mcm mana plak! mesti legi lebih advance... diciptanya Kaabah ke, Bulan ke... mana tahu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 08:00 PM | Show all posts
dah wujud ke benda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:17 AM | Show all posts
Teknologi melampau-lampau... tak tahu generasi akan datang mcm mana plak! mesti legi lebih ...
perang_sivil Post at 4-9-2011 10:07


amboi.. kalau kaabah diaorg nak klon bina kat tempat lain mcm melampau jerk.. kasik bakar jerk kalau mcm tuh! bako! bako!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:17 AM | Show all posts
kalo sesuatu tu nak diiktiraf sebagai one of wonder in the world... ianya perlulah sesuatu yang  ...
HaMiZiE Post at 4-9-2011 09:02


betul betul.. good point!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:07 PM | Show all posts
ala2 bangunan kt singapore tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:41 PM | Show all posts
ala sekarang pun berlambak - lambak bebudak amek course architecture selurh dunia so no wonder la design pun memacm idea...kalu wat biasa-biasa sape yang nak pandang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:15 PM | Show all posts
bestnyer.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.216945 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list