|
Bila mak mentua berkampung lama2 duduk rumah kita..
[Copy link]
|
|
Reply 275# espri6006
Terus terang aku cakap, bini kau tabahnya. Kau lelaki. Tak rasa camana siksanya duduk dgn mak mertua yg apa kita buat semua salah. Aku masa single parent dulu, tumpang rumah mak aku, semua aku buat semua salah pun akhirnya aku belah. Tu mak kandung aku tu.
Kau kena paham. Mak memang kita hormati. Tapi kita juga kena hormati perasaan isteri kita. Sekiranya apa yg kita buat tidak memudaratkan mak kita, malah lebih membawa kebaikan bersama, apa salahnya kita buat.
Aku nak tanyalah. Kalau tetiba mak kau nanis2 suruh kau ceraikan bini kau, agak2 kau ceraikan ke sebab tak nak derhaka? Tapi memandangkan reputasi kau sebagai anak yg taat, mungkin kau turut kot. Sorry la TT kalau kau rasa aku melaser. Tapi malang betul lah nasib bini kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply espri6006
Aku nak tanyalah. Kalau tetiba mak kau nanis2 suruh kau ceraikan bini kau, agak2 kau ceraikan ke sebab tak nak derhaka? Tapi memandangkan reputasi kau sebagai anak yg taat, mungkin kau turut kot. Sorry la TT kalau kau rasa aku melaser. Tapi malang betul lah nasib bini kau.
ablishan Post at 10-11-2011 16:02 
haha. terbaekkk laharan ko beb. aku sungguh tak paham jenis mak yg selfish camni. mcm remote kontrol kawal anak. |
|
|
|
|
|
|
|
bg i, ok je mak mertua duk lama2 kat umah..lg suke sb die bole jagakan cucu.. mkn minom self service la psl i pon keje kan..so far no prob la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# kun_tum
mak aii, sampai ikut pindah & sanggup tinggalkan rumah sendiri? 7 tahun dah? sabar byk2 ya ... aku nie agaknya nasib la, rumah adik ipar aku (anak kesayangan dia & anak perempuan tunggal) duduk sebelah rumah. So, tiap kali MIL & FIL datang sini esp utk checkup kat hospital (sebulan adalah 2 kali, dekat seminggu gak sekali datang), dia lagi selesa dok kat rumah anak perempuan dia. bukan apa, laki i (anak dia) tu architect designer, jadinya dia tak suka nak bentang2 toto or bawak tilam depan tv, baring2 sepanjang hari masa tengok tv. kalau nak tido, kena dlm bilik, nak makan, atas meja makan.. so, kalau 4 hari diaorg stay sini, 1 malam je la MIL dtg tido rumah aku, tu pun datang dah malam, then tido, esok pagi2 lps subuh, balik rumah sebelah... hehehe, aku tak pernah kecik hati, happy mungkin la. tapi, mmg tetiap hari la aku masak utk dia, hantar sebelah rumah. FIL aku selalu komplen, anak pompuan dia kalau masak, dah bertahun-tahun kawen, lauk yang sama la jugak,.. tak de improvement langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 282# ablishan
Amboi ko LASER kemain yer...:@. Kalau suruh cerai tu idok ler mesti ceraikan. Kan kita diberitahu supaya jangan abaikan Ibubapa terutama yang telah uzur tapi seandainya apa yang dia suruh kita buat tu boleh memudaratkan kita ignorekan ajer. Apa2 yang mak aku kata bende2 yang buruk tu aku just simpan dan kadang2 menjawab untuk elakkan kesalahfahaman dia. Begitu juga apa2 dia cakap pasala isteri aku kadang2 back-up juga.
Alhamdulillah sekarang wife aku dah dewasa sket . ..setelah 7 tahun kawen..maklumlah dulu2 dia usia awal 20an tentu masih belum dewasa sgt kan... dalam pelayaran rumahtangga. lagipun isteri aku tu anak pompuan tunggal.
Apa2 yang mak aku cakap sekarang ni dia diam ajer...kalau ada yang menyakitkan pon dia paling2 membebel depan aku. Dan sekarang alhamdulilah orang kata berkat jaga ibu uzur - rezeki aku bertambah baik. Masa aku mula2 balik kampung dan keje gaji rm350 jer + keje kedai makan memalam dapatlah rm800 tapi..now aku dah keje bertambah baik, Gaji + elaun + OT sket pon dapat almost rm5k dan aku masih jaga mak aku lagi. Kalau nak jaga hati isteri kenelah beli makanan kegemaran dia, bagi duit yang secukup utk dia belanja ( maklumlah penatkan jaga rumahtangga, masak, basuh, jaga anak2, layan kerenah mertua)jadi bila bagi duit lebih kat dia nanti senyum sampai kat telinga. Dulu masa aku susah giler aku tak pernah mintak pon isteri aku gadaikan rantai, gelang cincin yang berkoyan2 tu. Org kata still survive.
Sekarang kalau mak aku citer sket2 pasal wife aku, aku akan jawab dengan cara yang elok, dia penat kot, anak2 lagi nangis ke, tak cukup tido ke. Aku kalau boleh dua2 xnak kecik hati biarpun hati aku sendir yang terluka . Yang satu ibu aku dan yang satu lagi ibu anak2 ku. SABAR adalah kunci segalanya walaupun aku ni bukan yang jenis sabar sangat. Kawan2 pon ramai yang beri kata2 semangat dan doa kerana dapat menjaga ibu walalupon kadang2 tersepit. hanya satu aku minta dari Allah, aku harap anak2 aku pon dapat berbakti pada aku dan ibunya sebagaimana aku berbakti pada ibuku. Sekarang usia ibuku semakin lanjut begitu juga aku . badan2 ibuku pon juga ada naik gatal2, kesian aku tengok dia kegatalan. Beli ubat + bawak klinik. Malam2 pon harap aku jer nak jaga ubat2 dia, sapu2kan ubat dibadan dia dan picit2 badan dia kalau dia minta. Adik beradik lain semua dah bekeluarga dan tinggal asing2 termasuk adik aku yg bongsu...lagi jauh kat serawak. Tinggal lah aku dgn wife aku dan anak2 aku 3 org yang masih kecil itu manjaga dan hiburkan hati mak aku meniti hari-hari tuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 286# espri6006
Aku cuma letakkan diri aku dalam kasut isteri kau. Tapi alhamdulilllah kalau kau blh handle dgn baik cam kau cakap dan berlaku adil kepada keduanya. Syukur. AKu doakan yg terbaik utk kau dgn keluarga kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|