CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Beraya dengan Wak AG, Usop

[Copy link]
Post time 8-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ada lebih RM60,000 jadi hadiah rebutan di Hot FMLEBIH daripada RM60,000 bakal diberikan oleh dua karektor hangat oleh radio Hot FM. Wak AG dan Usop Wilca bermurah hati untuk sama-sama berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini. \rBermula pada Isnin, 12 September depan, selama tiga minggu, Hot FM akan memberikan wang tunai itu menerusi peraduan Beraya Bersama Wak AG dan Usop.\r\n\n\n\n\rTidak sesukar mana kerana anda sebagai pendengar hanya perlu mendengar siaran Hot FM dan nantikan sama ada syarat memanggil atau isyarat kiriman pesanan ringkas (SMS) yang ke udara.\r\r\n\n\n\n\nUntuk isyarat - Hantarkan SMS BERAYA ke 333999 dan SMS terpantas akan dihubungi oleh penyampai Hot FM.\rBagi isyarat memanggil: Jadi pemanggil kelima yang menembusi talian Hot FM.\rKemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu bagi seni kata yang dinyanyikan secara bersama atau bertindih oleh Wak AG dan Usop. \rSeni kata yang dinyanyikan adalah dari lagu yang sama tetapi kedua-dua karektor ini menyanyikan menurut gaya mereka tersendiri.\rBersesuaian dengan tema Beraya Bersama Wak AG dan Usop, lagu-lagu yang bakal diperdengarkan adalah berkisarkan mengenai raya. \rSekiranya dapat meneka lagu itu dengan tepat, wang tunai RM500 menjadi milik pendengar yang berjaya. Kalau lagu itu tidak dapat diteka dengan tepat, wang itu akan dikumpulkan untuk sesi seterusnya.\rKempen ini bermula daripada 12 September hingga 2 Oktober, berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat dan dua kali sehari pada Sabtu dan Ahad.\rBerita Harian adalah penaja bersama bagi kempen Beraya Dengan Wak AG dan Usop.\rSebanyak 10 tajuk lagu raya akan disiarkan di Berita Harian setiap Isnin hingga Jumaat. Lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu itu dikeluarkan.\rSebanyak enam lagi lagu raya disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu pada Sabtu dan Ahad, dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagi dikeluarkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.331859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list