CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Pilih bekas rakan sekolej

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bukan harta yang dipandangRAMAI sudah maklum, Putri Mardiana secara rasmi berpisah dengan bekas suami pada akhir Ogos 2009 dan daripada perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, status janda yang disandangnya mungkin bertukar tidak lama lagi apabila pelakon berbakat ini disatukan dengan kekasih hati, Mohd Hasnul Amril.\rPelakon Santau berusia 30 tahun ini juga tidak menyembunyikan buah hatinya apabila si jejaka yang seusia dengannya menemani wanita ramah terbabit tatkala dia muncul pada sebuah majlis bersama anak-anak yatim di ibu kota, bulan lalu. Begitupun mungkin belum masanya dia merakamkan gambar bersama teman istimewanya itu, sehinggalah kedua-duanya sah diijabkabulkan.\r\n\n\n\n\rSebaliknya, wanita yang lebih selesa membahasakan dirinya Nana ini memberitahu, sejak beberapa bulan lalu dia sudah berubah fikiran. Bukan berubah fikiran soal pasangan, namun katanya, dia pernah mengeluarkan kenyataan ingin bertunang sebelum berkahwin, namun kini dia berasakan lebih elok jika dia terus saja melangsungkan pernikahan.\r\r\n\n\n\n\n\"Dulu saya sering menjawab mahu bertunang dulu sebelum diijab kabul, tetapi kini saya mahu terus berkahwin. Maklumlah bertunang itu lebih banyak dugaannya.\r\"Lagipun saya sudah kenal hati budi kekasih dan anak-anak juga sudah memanggilnya papa,\" katanya sambil memberitahu, mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada tahun depan.\rCeria bercerita kisah ikatan kasih antara mereka, Nana memberitahu, semuanya bermula apabila Hasnul yang juga rakan kolejnya itu menyapa dirinya di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.\r\"Dia menegur saya di KLCC dan saya tidak sangka dia masih mengingati wajah saya. Bayangkan, sudah sepuluh tahun saya tidak bertemu dengannya dan pertemuan di KLCC itu membuahkan rasa antara kami, lalu satu keputusan tekad diambil untuk terus mengikat kasih,\" katanya yang menyifatkan kekasih hatinya itu sebagai lelaki yang baik dan menerima dirinya seadanya.\rKata pelakon itu lagi, sewaktu di kolej, masing-masing sudah mempunyai teman istimewa dan perhubungan mereka ketika itu hanyalah sebagai rakan.\r\"Selepas pertemuan itu pada Jun lalu, dia ada bertanya pada saya sama ada sudah ada pengganti. Apabila saya memaklumkan status saya, dia terus melamar saya sebagai kekasihnya,\" kata Nana sambil menjeling manja ke arah lelaki yang sentiasa menyokong kerjayanya sebagai pelakon.\rBercerita lanjut soal hati, dia jujur memberitahu, apa yang diimpikan daripada seorang lelaki bukanlah kekayaan, tetapi kejujuran serta keikhlasan.\r\"Kisah perceraian saya kisah yang tidak boleh diundur lagi dan saya perlu terus mara ke hadapan. Saya tidak pandang lelaki kaya, sebaliknya pada hati serta kasih sayang yang boleh diberikan kepada saya. Saya syukur kerana keluarga kekasih juga menerima saya seadanya,\" katanya yang menjadi kegagalan rumah tangga sebagai pengajaran berguna dalam hidupnya.\rDalam gembira yang bakal menggamit wanita ramah ini, ada sendu yang mengiringi diri ibu kepada Alia Wirdani, 8; Amir Firman, 6; dan Airell Zuhair, 5, ini.\r\"Selagi anak-anak bahagia, saya tidak ada masalah untuk memberikan ruang untuk mereka tinggal bersama bekas keluarga mentua di Bentong. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa dan sejak berpisah, anak-anak sudah biasa tinggal dengan mereka,\" katanya yang memberitahu, sejak berpisah, dia akan mengambil anak-anak setiap kali Syawal menjelang.\rKatanya, hati ibu mana yang tidak sebak jika anak-anak tiada bersama, namun dia gagahi juga perasaan itu bagi memberikan yang terbaik kepada semua pihak.\r\"Selalunya saya pulang ke Perak pada Syawal pertama dan hari kedua pula saya akan kembali ke Pahang untuk mengambil anak-anak pulang ke kampung saya pula,\" katanya yang kelihatan sebak ketika menceritakan kisah anak-anak tersayang.\rWatak pelacur cabar kemampuan\rPUTRI MARDIANA mempunyai kelebihan tersendiri apabila terjun ke dunia lakonan. Dia pernah memenangi pingat emas dalam kategori lakonan di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat. Paling tidak, kejayaan itu membuktikan dirinya memiliki bakat yang diiktiraf apabila memilih seni sebagai periuk nasi.\rBiarpun melangkah ke gelanggang lakonan agak lewat berbanding pelakon wanita lain, namun dia terus melangkah dan bersyukur tawaran filem masih kekal menjadi miliknya. Kisah keruntuhan rumah tangganya juga diletakkan ke tepi, supaya tidak mengganggu gugat impian dan harapan bergelar anak seni berjaya.\r\"Saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem Sumpahan Kum Kum arahan Ismail Bob Hashim dan filem terakhir saya bersama MIG, Tujuh Petala Cinta yang diarahkan Azhari Zain,\" katanya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan ternama itu selama tiga tahun, sebelum memilih untuk beralih angin.\rKatanya, rezekinya juga tidak putus-putus apabila dia juga ditawarkan berlakon dalam drama untuk Tv AlHijrah berjudul Siti Mariam yang menjalani penggambaran pada Ramadan lalu.\r\"Dalam Siti Mariam, saya membawa watak Siti Aishah, iaitu anak Siti Mariam. Dalam drama ini, saya juga membawakan watak wanita bertudung,\" katanya.\rKetika ditanya, tidakkah dia gentar akan menjadi seperti pelakon Stanza Cinta, Fathia, mahupun Tiz Zaqiyah yang membawakan watak bertudung dalam drama Nur Kasih, sehingga mengelirukan peminat terhadap penampilan sebenar mereka di luar lokasi, wanita ini dengan jujur menjawab, bidang lakonan adalah tempat baginya mencari rezeki dan tidak semua permintaan peminat dapat ditunaikan.\r\"Saya harus jujur mengatakan rezeki saya adalah dalam bidang lakonan dan tidak semua watak memerlukan saya bertudung, dan saya harus melakukannya kerana saya cari makan dengan cara itu,\" katanya yang tidak menafikan akan memakai tudung apabila terbuka hatinya kelak.\rKatanya lagi, tidak salah peminat mahu mencorakkan artis pujaan mereka ke arah kebaikan, namun peminat perlu faham lubuk rezeki pelakon adalah tawaran yang diterima mereka dan sentiasa perlu bersedia membawa watak yang diminta pengarah ataupun produser.\rNana turut memberitahu, dia juga membintangi telefilem yang akan disiarkan Astro Ria arahan Amor Rizan.\r\"Judul telefilem ini ialah Pernikahan Sundal Bolong, di mana saya membawa watak pelacur dan di pertengahan cerita, saya akan mati dibunuh pengamal ilmu hitam.\r\"Membawa watak pelacur begitu mencabar, tetapi pengalaman melakonkan watak lebih kurang sama sama dalam Tujuh Petala Cinta memberi bonus kepada saya untuk mendalami watak seperti ini,\" katanya yang tidak pernah lupa membuat rujukan di internet bagi menjayakan watak yang diamanahkan ke bahunya.\rUjarnya, memainkan watak pelacur memerlukannya menjiwai perwatakan seorang pekerja seks daripada aspek lontaran dialog serta bahasa tubuh, dan bagi menghasilkan watak yang begitu asli, kajian berkenaan watak jenis itu perlu dilakukan dengan baik.\r\"Saya akan berasa puas hati apabila watak yang dibawa menjadi dan diingati peminat. Watak seorang pelacur amat berat dibawa tetapi saya perlu mendalaminya sepenuh hati,\" katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 1.900353 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list