View: 194|Reply: 0
|
Bukan kerana tidak popular
[Copy link]
|
|
Nama Siti tiada dalam AIM18 kerana tidak hantar pencalonan\rJANGAN membuat sebarang spekulasi bahawa kerjaya penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini merudum hanya disebabkan namanya tercicir daripada senarai Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang diumumkan baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rKetiadaan nama Siti dalam AIM 18 bukanlah bermakna produknya kurang berkualiti sehingga gagal menambat hati juri AIM.\r\r\n\n\n\n\nSebaliknya kata penyanyi bersuara merdu itu, isu berkenaan tidak seharusnya diperbesarkan kerana Siti Nurhaliza Production (SNP) memang tidak menghantar sebarang penyertaan berikutan tiada produk untuk dipertandingkan tahun ini.\r“Siti tidak melihat ketiadaan nama dalam senarai AIM 18 sebagai satu masalah kerana dari pihak SNP, kami memang tidak menghantar sebarang pencalonan. Bagi Siti itu bukanlah satu masalah.\r“Mungkin penonton dan peminat berasa janggal disebabkan ketiadaan nama Siti dalam senarai pencalonan. Tapi bagi Siti, memang Siti sudah tahu kalau tiada sebarang produk artis memang tidak boleh bertanding malah Siti sudah bersedia dengan semua itu.\r“Apabila tidak berada dalam senarai pencalonan, Siti menjadi lebih teruja untuk mengetahui siapa yang dicalonkan dan siapa pula yang bakal membawa pulang anugerah pada malam itu nanti,” kata penyanyi itu yang turut musykil dengan syarat penyertaan AIM yang baru.\r\n\n\n\n\rSebagai anak seni yang sudah 15 tahun berada dalam industri, penyanyi ini ternyata kurang bersetuju apabila isu kerakyatan dijadikan salah satu pra syarat yang melayakkan penyanyi untuk bertanding.\rMuzik kata penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang ini tiada sempadan. Tiada salahnya sesiapa saja yang bekerja demi menyemarakkan lagi industri muzik Malaysia diberi peluang dan pengiktirafan.\r“Siti faham pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berbuat demikian kerana ingin melindungi industri muzik tanah air. Tetapi muzik itu tiada sempadan, selagi kehadiran mereka dapat membantu memeriahkan industri kita, rasanya tidak salah sekiranya mereka turut diiktiraf.\r“Apa yang meragukan kenapa baru sekarang soal kerakyatan dibangkitkan? Kenapa dari dulu perkara ini tidak menjadi isu? Kita sepatutnya bersyukur sebab orang luar membantu kita. Kalau begini caranya, Siti buat album untuk peminat sajalah, bukan untuk masuk bertanding dalam AIM.\r“Bagaimanapun Siti tetap menghormati AIM kerana ia tidak seperti anugerah lain. AIM adalah satu-satunya anugerah yang memberi penghargaan kepada karyawan yang terbabit dalam industri muzik. \r“Anugerah ini juga menilai dengan teliti pembikinan sesebuah album, justeru Siti yakin bukan Siti saja malah artis lain juga pasti berasa rugi jika produk mereka tidak dipertandingkan setelah bertungkus lumus menghasilkan album,” katanya.\rSiti juga ternyata mempunyai banyak kenangan manis bersama AIM, di awal kemunculannya sebagai penyanyi dia sudah memenangi dua anugerah di dalam AIM iaitu Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Jerat Percintaan. \rSelain itu, dia juga pernah memenangi Album Terbaik menerusi Transkipsi selepas memenangi kategori Album Pop Terbaik.\rMeskipun pernah merasa pelbagai trofi di dalam AIM, Siti mengimpikan satu hari nanti dia berpeluang membawa pulang trofi Video Klip Terbaik dan Kulit Album Terbaik.\rGigih terbitkan program I-Klon\rSELAIN menguruskan kerjaya seninya, syarikat yang ditubuhkan pada 1998 iaitu ketika usianya 19 tahun turut aktif menerbitkan pelbagai program televisyen. \rTerbaru, Siti baru saja menerbitkan sebuah lagi program baru berjudul I-Klon untuk saluran TVi, RTM yang dijangka menemui penonton pada November depan.\rProgram sebanyak 13 episod itu baru saja selesai menjalani rakaman untuk episod akhirnya minggu lalu bertempat di Auditorium Mini, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). \rProgram I-Klon adalah sebuah program realiti yang mencari bakat remaja yang bukan saja boleh meniru gaya artis yang menjadi idola mereka, tetapi juga mempunyai iras serta kebolehan yang sama seperti artis pujaan mereka.\rUji bakat pencarian peserta I-Klon diadakan selama dua hari sebelum Ramadan yang lalu. Kira-kira 100 peserta hadir pada sesi uji bakat. Bagaimanapun hanya 16 peserta dipilih ke peringkat saringan. \rProgram yang diarahkan oleh Adi Shamsul ini menemui penonton selama 30 minit setiap minggu dan setiap episod, sebanyak dua orang juri dipilih untuk menilai peserta. Antara juri yang terbabit ialah Siti sendiri, Syafinaz, Zukhairi, Cat Farish, Johan Raja Lawak, Didie Alias, Hazama, Ezlynn dan Mawi. \r“Sejujurnya bentuk program ini disarankan oleh RTM, sementara SNP hanyalah bertindak sebagai penerbit saja. Selalunya dalam pertandingan nyanyian atau realiti setiap peserta memiliki idola mereka. Bagaimanapun kita selalu menegah mereka supaya menjadi diri sendiri dan jangan terikut cara artis pujaan mereka.\r“Sebaliknya I-Klon pula berbeza, kita mencari peserta yang mampu meniru artis pujaan mereka. Memiliki persamaan yang dekat dengan artis pujaan pula adalah satu kelebihan,” kata Siti.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|