|
Filem mengenai sukan sepak takraw mula berada di panggung 29 September\rKISAHNYA mudah - mengangkat bola takraw sebagai warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahankan daripada jatuh ke tangan orang lain - namun ia penuh simbolik sekali pun paparan kronologi filem yang diberikan judul sebagai Libas itu sarat dengan jenaka.\r\n\n\n\n\rDi tangan pengarahnya, Jurey Latiff ROsli, Libas menyajikan kelainan bersama konsep filem ringan yang menonjolkan sukan sebagai elemen tambahan apatah lagi hampir separuh daripada persembahannya menerima suntikan teknik imej janaan komputer (CGI).\r\r\n\n\n\n\nWalaupun tujuh tahun skrip disimpan dan dua tahun lagi untuk proses menyiapkan, Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006 itu mengakui ia dilakukan semata-mata mahu mencari kelainan dan memastikan hasilnya memenuhi kehendak peminat filem tempatan.\r“Ini filem sulung saya. Tentunya saya mahu Libas meninggalkan impak. Namun cabaran mengarahkan filem ini besar kerana selain memerlukan kos tinggi, ia banyak bermain CGI dan jika silap percaturan, jalinan cerita akan tampak palsu. \r“Tapi saya puas hasil yang ditunjukkan berbaloi dengan masa yang diperuntukkan.\r“Kalau ikutkan skripnya ditulis pada 2002 tetapi penggambaran bermula pada 2009. Prosesnya panjang kerana kami mengambil masa agak lama hanya untuk penerapan CGI membabitkan hampir 60 peratus kronologi kisah,” katanya pada pratonton filem yang menelan belanja hingga RM2 juta itu.\r\n\n\n\n\rBakal menemui penonton bermula 29 September ini, ia berkisar azam Raja Libas yang berusaha menubuhkan kembali pasukan sepak takraw Malaysia dengan mencari bakat muda sebagai pengganti memandangkan dirinya mengalami kecederaan kaki ketika merampas piala kemenangan bola warisan dari pasukan Thailand.\rDalam pencarian dan perjuangan mempertahankan bola raga yang menjadi khazanah Melayu, Raja Libas berdepan pelbagai cabaran termasuk dikhianati teman sendiri serta mengalami episod cinta yang tidak kesampaian.\rDidukung Rosyam Nor sebagai Raja Libas, garapan yang dilihat mampu memancing penonton ke pawagam ini turut ditunjangi Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Fadzly Kamarulzaman, Zabri Ibrahim, Yuswaisar serta Adam Corrie Lee.\rNyata ,sekali pun baru pertama kali menghasilkan produk untuk layar lebar, sutradara yang sudah menampakkan taring menerusi puluhan drama sejak belasan tahun berkecimpung dalam dunia pengarahan bijak menyelitkan unsur drama dan cinta sepanjang 90 minit berlangsung.\rBegitupun, dia enggan mendabik dada sebaliknya terbuka menerima kritikan atau pandangan daripada sesiapa bagi memperbaiki mutu persembahan dalam buah tangan akan datang.\r“Sebagai pengarah yang masih baru dalam pengarahan, masih banyak ruang untuk saya pelajari. Mustahil orang baru dalam penghasilan kerja kreatif seperti saya boleh terus sempurna,” ulasnya lagi mengenai filem terbitan MDAG Sdn Bhd itu.\rDitanya antara Libas dan filem Stephen Chow, Shaolin Soccer yang dikatakan punya persamaan, Jurey pantas membuat persamaan kerana plot pengkisahan sangat berbeza tetapi barangkali orang nampak sukan dinaikkan sebagai subjek selain penggunaan CGI dalam pergerakan.\r“Inilah kelainan yang kita mahu berkongsi dengan penonton. Kami tidak meniru Shoalin Soccer sebaliknya mengangkat sukan sepak takraw. Plot serta sub plot juga jauh lari daripada filem itu terbabit namun jika mahukan kepastian, datanglah ke pawagam dan lihat hasilnya sendiri.\r“Saya cuma tidak mahu sepak takraw dilupakan dengan menampilkan pendekatan yang diinginkan anak muda. Konsep kalah mati serta teknik aneka libasan hanyalah kelainan untuk mengelakkan penonton bosan malah boleh dikatakan aksi komikal mewarnai lagi Libas.\r“Mungkin aksi komikal yang diketengahkan menerusi filem ini yang dilihat mirip Shaolin Soccer namun persamaan hanya dari konsep komikal manakala penceritaan begitu jauh berbeza.\rRosyam berkorban demi rakan\rSementara itu, Rosyam Nor melihat Libas sebagai sebuah filem tempatan yang mempunyai keunikan hingga membuka pintu hatinya untuk menerima tawaran Jurey selepas hampir setahun tidak muncul di layar lebar.\r“Saya memilih bukan disebabkan mahu watak besar tetapi ingin ia nanti meninggalkan kesan. Apabila membaca skrip, saya sudah tertarik dengan watak Adnan Saladin yang juga Raja Libas. Dia ditonjolkan bersemangat jitu namun masih punya sisi melankolik.\r“Walau sudah lama pelakon, Libas memberi sesuatu yang berbeza bukan saja pada watak, malah saya perlu banyak bermain dengan imaginasi untuk membayangkan kesan khas pada sebiji bola yang diwujudkan dalam kebanyakan babaknya,” katanya yang hanya mengambil cuti sehari walau dinasihatkan doktor supaya menjalani pembedahan.\rMengimbas semula detik itu, katanya bahu yang terjatuh hanya dipasang anduh untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk dan hanya selepas penggambaran selesai barulah dia menjalani pembedahan.\r“Waktu itu hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk penggambaran tamat. Jika saya mengikut arahan doktor, tidak adil kepada pelakon lain kerana perlu menunggu beberapa bulan untuk sembuh.\r“Kesannya bahu ‘jatuh’ itu masih terasa hingga kini dan syukur sebaik segala-galanya selesai saya menjalani penggambaran. Melihatkan hasil Libas saya rasa pengorbanan menahan sakit sepanjang tempoh itu cukup berbaloi,” katanya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi Kala Malam Bulan Mengambang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|