CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Dengarnya...: Ada sinar dalam rumah tangga Raja Azura?

[Copy link]
Post time 22-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Ada sinar dalam rumah tangga Raja Azura?Oleh Normah Becok 2011/09/22\n\n\n\n\n\n\n\nAPABILA tahun 2011 hampir ke penghujungnya, Cik Normah berasakan ramai  artis menamatkan zaman solo masing-masing. Tak kiralah zaman bujang atau anak dara, mahupun zaman janda atau duda. Sesetengahnya, ada yang bertambah ‘cawangan’ pula.\rBagi Cik Normah, baguslah. Itu semua rezeki masih-masing. Perkara yang elok buat apa nak tangguh-tangguh. \r\n\n\n\n\rBercakap soal kisah kahwin ini membuatkan Cik Normah sedikit tersentuh mendengar cerita daripada Kak Ton, kawan baik Cik Normah ketika sama-sama menjejakkan kaki di universiti satu ketika dulu.\r\r\n\n\n\n\nPagi-pagi lagi telefon Cik Normah berbunyi. Bukan sekali dua berdering, lebih daripada lima kali siap ada pesanan minta Cik Normah telefon balik. Hati Cik Normah yang pada mulanya berdebar maklumlah takut ada perkhabaran buruk dari si sahabat montel Cik Normah ini akhirnya lega sedikit hati apabila sahabat montel Cik Normah ini sihat-sihat saja.\rRupanya, ada berita yang mahu dikongsi bersama Cik Normah dan peminat seorang artis cantik ini yang status perkahwinannya sehingga kini masih menjadi tanda tanya.\rKata Kak Ton yang tergopoh-gapah mahu memulakan bicara ini, ketika dia dan suaminya, Awang Leman bersantai ria di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di bandaraya, memberitahu Cik Normah, dia terserempak dengan pengacara dan penyampai radio terkenal, siapa lagi kalau bukan Raja Azura bersama bekas suaminya, Adzmin Osman.\rKata Kak Ton yang memang sensitif orangnya ini, mengatakan air matanya hampir menitis tatkala melihat tangan Raja Azura erat menggenggam jari-jemari si suami ketika mahu membelikan barang-barang kepada tiga cahaya mata comel mereka.\r\n\n\n\nAlahai, sebak pula Cik Normah dengar kisah sedih pasangan merpati sejoli yang pernah mendirikan  istana bahagia pada  Ogos 2010 lalu.\rApa yang Cik Normah musykilkan di sini, sampai bilakah hubungan mesra seperti itu harus diteruskan jika kedua-dua hati masing sayang. Bukanlah Cik Normah mahu menyibuk sebab bukan Cik Normah yang berada di tempat Kak Engku, tetapi sebagai orang luar Cik Normah lihat masih ada sinar bahagia yang boleh menyatukan semula pasangan ini.\rCik Normah harap, pasangan ini dapat kembali menyatu apa yang terputus dan memilih jalan yang boleh membahagiakan mereka semula. Kata Kak Ton lagi pada Cik Normah, hiba hatinya memandang wajah anak Kak Engku yang mungkin tidak mengerti apa yang berlaku kepada ayah dan ibu mereka.\rSemoga apa yang keruh di buang dan segala kejernihan di ambil sebagai pedoman diri. Agak tidak manis jika hubungan yang mesra itu dibiarkan tanpa ikatan yang sah. Cik Normah harap pasangan ini dapat kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri kerana Cik Normah percaya ramai peminat Kak Engku menunggu berita gembira ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.095260 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list