CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Dunia Buku: Setulus Janji

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kisah cinta romantik, emosi, penuh konflik\rINFO: Setulus Janji\r\n\n\n\nPengarang: Aina Emir\rTebal: 457 halaman\rPenerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd\r\n\n\n\n\nHarga : RM 21.90\rBintang: **** (4 bintang)\rBUKAN sekadar kisah cinta biasa. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menterjemah keasyikan melayari novel Setulus Janji karya Aina Emir yang menghidangkan percintaan sejati dua insan yang tulus.\rBuah tangan Aina Emir tidak mengecewakan kerana membuai perasaan penggemar novel cinta yang mendamba elemen romantik, emosi dan penuh konflik tetapi sesekali diselitkan unsur humor yang berjaya disampaikan secara ringkas.\rLambakan novel cinta tiga segi dengan plot stereotaip di pasaran mutakhir ini, mengundang resah di hati penulis ketika mula membaca helaian awal naskhah karya novelis berpengalaman ini.\rBagaimanapun telahan penulis silap kerana Aina Emir bijak menyusun jalan cerita sehingga membuatkan pembaca terpaksa berteka-teki terhadap kesudahan kisah Insyirah yang dicintai dua abang angkatnya, Ilham dan Aiman.\rTirai cerita dibuka dengan menyelak kehidupan pendukung utama novel ini, Insyirah, anak peneroka Felda yang mempunyai personaliti menarik, cantik, bijak dan gigih mengejar cita-cita sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di luar negara. \rKonflik mula timbul selepas Insyirah kembali ke tanah air dan melalui pelbagai dugaan yang meragut kepercayaannya terhadap cinta Aiman yang layak digelar kasanova kerana bermata keranjang dan sering menyeksa hati Insyirah.\rKetika jiwa Insyirah bergolak kerana tidak dipedulikan Aiman yang sering dirinduinya ketika berada jauh di perantauan, muncul Ilham, iaitu abang kepada Aiman yang menagih cinta suci daripada gadis jelita itu.\rSifat prihatin dan curahan kasih sayang Ilham itu, mendorong Insyirah untuk memutuskan hubungan dengan Aiman kerana tidak mahu menipu diri lagi terutama dia sendiri sudah lama memendam perasaan sejak bangku sekolah.\rMeskipun percintaan Insyirah dan Ilham berakhir ke jinjang pelamin, kebahagiaan hanya dikecapi sebentar saja kerana Aiman cuba merampas Insyirah kembali, manakala bekas tunang suaminya, Juwita menambah kekusutan perkahwinan mereka.\rSalah faham tercetus akibat campur tangan keluarga dan orang ketiga serta berpunca daripada sifat ego mereka sendiri akhirnya memaksa perpisahan yang tidak dirancang terjadi juga.\rPembaca pasti menanti penuh debaran untuk mengetahui kesudahan kisah percintaan merpati dua sejoli itu yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran mempertahankan mahligai perkahwinan yang dibina.\rBagi penggemar novel cinta romantik, Setulus Janji mampu memberikan kepuasan dengan bacaan santai, laras bahasa  indah dan penuh berbunga serta menyelitkan monolog menarik sehingga membuatkan pembaca turut menyusuri perasaan dan isi hati watak.\rNovelis, penulis skrip drama\rAINA Emir atau nama sebenarnya, Latifah Emir kelahiran Kuala Kangsar pada 1956, menamatkan Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara di Universiti Malaya (UM) sebelum melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Liverpool pada 1990.\rIbu kepada empat cahaya mata itu, mula menulis secara serius pada 2003 apabila muncul dengan buah tangan pertamanya berjudul Sesuci Cinta.\rAntara karya beliau yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada pembaca ialah Bunga-bunga Kemboja, Aura Cinta, Hanya Kita Berdua dan Selamat Malam Kekasih.\rNovelis yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 17 tahun sebagai Pengurus Latihan dan Motivasi itu, turut berjinak-jinak dalam penulisan skrip untuk drama Kau Laksana Bulan.\rBeliau juga aktif menganjurkan program bimbingan penulis dan bakal penulis serta sering dijemput untuk berinteraksi dalam seminar, perbincangan dan bengkel anjuran universiti tempatan dalam bidang penulisan kreatif.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.502584 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list