View: 5917|Reply: 15
|
[R-TV] Raja Lawak Musim 6 [Astro Warna - Jumaat @ 10pm]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 18-1-2012 09:00
Selasa Oktober 4, 2011
‘Cif Kecik’ & ‘Cif Besar’ Kelainan Raja Lawak Musim 6
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Zizan, Khairul Anwar, Bob Azrai dan Johan sewaktu sidang media Raja Lawak musim 6 di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Isnin. - Foto M AZHAR ARIF
KUALA LUMPUR: Kemunculan ‘Cif Kecik’ dan ‘Cif Besar’ menjadi kelainan kepada program realiti Raja Lawak musim keenam bermula 13 Januari tahun depan di Astro Warna (saluran 132).
Menurut wakil dari Astro Warna, Khairul Anwar Salleh, kewujudan cif-cif ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta agar mereka dapat menghasilkan lawak yang berkualiti dan menghiburkan.
“Cif Besar ibarat pengetua manakala Cif Kecik seperti tenaga pengajar yang akan diterajui oleh tiga orang pelawak tanah air.
“Peserta-peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan Cif Kecik akan memantau dan memberi nasihat kepada peserta-peserta yang berada di bawah perhatian mereka setiap minggu.
“Sementara Cif Besar akan dilantik untuk memantau kesemua Cif kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka,” kata Khairul ketika sidang media program tersebut di Starhill Gallery, di sini, Isnin.
Tambahnya lagi: “Apabila Raja Lawak dipindahkan dari Astro Prima ke Astro Warna, kita mahu menjadikan program ini lebih gah dari musim pertama ke musim kelima.
“Jadi, kita rasa perlu ada Cif besar dan Cif Kecik untuk menjadi contoh dan membimbing peserta-peserta supaya dapat memahami prosedur serta kaedah-kaedah yang diperlukan dalam program ini seperti teknik beraksi di depan kamera.”
Selain daripada perubahan format, perubahan saluran televisyen dari Astro Prima ke Astro Warna adalah untuk mengukuhkan kedudukan Astro Warna selaku saluran komedi di negara ini.
“Kami akan terus mempergiatkan usaha dan komitmen untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada para pelanggan menerusi Astro Warna.
“Bagi mencapai objektif ini, kami membuat keputusan untuk menyiarkan program ini di Astro Warna kelak,” ujar Khairul lagi.
Dalam pada itu, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz (Johan) dan Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program itu buat tahun kelima.
Ujibakat untuk mencari peserta Raja Lawak musim 6 akan bermula di Godown Ampitheater, Kuching Waterfront (8 & 9 Oktober), 1Borneo, Kota Kinabalu (15 & 16 Oktober), Prangin Mall, Pulau Pinang (22 & 23 Oktober), Mega Mall, Kuantan (29 & 30 Oktober), SACC Mall, Shah Alam (12 & 13 November) dan Plaza Angsana, Johor Bahru (19 & 20 November).
Sesi ujibakat akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, terbuka kepada seluruh rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas dan perlu membuat persembahan secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh tidak melebihi dari tiga minit.
Program ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang. Kriterianya, peserta perlu berani, mempunyai banyak idea untuk diketengahkan dan mempunyai sifat semulajadi yang disenangi orang lain.
Raja Lawak musim 6 akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 10 malam mulai 13 Januari 2012 di Astro Warna menerusi pakej Mustika. |
|
|
|
|
|
|
|
macam dah tak relevan lg rancangan ni...
kualiti pelawak yg dihasilkan dah kurang bermutu...
nak pulak musim terbaru ni disiarkan kt mustika....
jgn arap aku akan langgan...
tunggu yutiub jer... |
|
|
|
|
|
|
|
umah aku de pakej mustika..bole la layan.. |
|
|
|
|
|
|
|
layan ja la daripada tak buat apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
hihi. nasib mmg langgan mustika  |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe program ini akan jadi kontroversi seperti program Maharaja Lawak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak g audition la..  |
|
|
|
|
|
|
|
ok la rancangan nie..sape ckp x ok??
aku kadang gah ade masalah pon leh hilang tgk raja lawak..
mmg kelakar
best la..
habis aku punya masalah hilang...
tambahan zizan yg ckp... |
|
|
|
|
|
|
|
mustika tu hape plak? lagu m nasiaq kaa? brand jamu mustika ratu tu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ok pe raja lawak ni...
yg best, pengacara maintain Johan & Zizan |
|
|
|
|
|
|
|
baik bagi jozan jadik pengacara tok maharaja lawak mega tu jugakkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
MRL pindah ke citra..ramai org subscribe sb pelawak2 tu dah ada follower...ni takat RL yg org sume tak kenal..nk subscribe??? abaikan jer la...wat membazir jer... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nk tengok.. hehehe.. buat mengisi keboringan malam2 ada gak benda yang dilayan.. tapi i tunggu org upload online lorrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam paper katanya lepas ni akan ada edisi maharaja lawak vs maharaja lawak mega. so tajuk ape plak...Maharaja Lawak Super Mega?  |
|
|
|
|
|
|
|
Barisan Juri 1Malaysia Hiasi Raja Lawak 6

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2012: Program Raja Lawak untuk musim ke 6 (RL6) akhirnya kembali menemui penonton sebentar tadi. Bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).
Istimewanya untuk RL6 ini, penampilan juri-jurinya terdiri dari barisan juri 1Malaysia iaitu penerbit terkenal David Teoh, pelawak Sathia dari kumpulan Pimai serta penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly.
Pasangan pelawak terkenal, Johan dan Zizan yang membentuk kumpulan Jozan kembali menjadi hos untuk program lawak ini. Turut diperkenalkan sebentar tadi ialah Cif Besar RL6, pengarah Ahmad Idham.
Sementara itu, barisan peserta RL6 juga turut diperkenalkan secara unik di mana mereka tampil bersama tenaga pengajar masing-masing. Tenaga pengajar mereka digelar sebagai Cif Kecil untuk program RL6 ini.
CIf Kecil pertama diperkenalkan ialah Tauke dari kumpulan Jambu yang muncul bersama anak-anak buahnya iaitu Zero, Shiro, Skema dan Kodan.
Cif Kecil kedua ialah Yus yang juga dari kumpulan Jambu tampil bersama anak-anak buahnya iaitu Cuit, Selak, Gman dan Albob.
Manakala Cif Kecil ketiga ialah Angah yang memberi tunjuk ajarnya pada King, Ketupat, 2yol dan Riki.
Persembahan para peserta untuk minggu ini bertemakan bebas dan seperti yang dijangka, tiada penyingkiran pada minggu pertama ini. |
|
|
|
|
|
|
|

dah start kekdahnya...
terlupeeey nak tengok... |
|
|
|
|
|
|
| |
|