|
Susuk tubuh sempurna bantu raih peluang dalam karier seni suaraTIDAK seperti artis lain yang terpaksa merentas perjalanan panjang untuk mengecap nikmat kemasyhuran, Choi Ji-Na atau nama pentasnya, G.NA meraih semua itu hanya dalam masa setahun.\rNamun kemasyhuran juga pernah menjadi beban kepada gadis yang membesar di Kanada, sebelum pulang ke Seoul, Korea pada usia 17 tahun untuk mencari ruang dalam bidang nyanyian.\r\n\n\n\n\rSeperti ada yang tidak kena pada permulaan karier gadis yang diperkenalkan menerusi single digital, Things I Want to Do When I Have a Lover menemukannya dengan penghibur terkenal, Rain.\r\r\n\n\n\n\nBarangkali lumrah dunia hiburan, G.NA juga tidak terlepas daripada pandangan sinis peminat yang cuma melihat kelebihannya pada sudut fizikal dan bukan hasil kerja yang ditawarkannya.\rTidak dinafikan, susuk tubuh yang diakui sempurna oleh mata nakal membantu G.NA meraih peluang muncul sebagai model iklan pakaian dalam CF yang begitu selektif dalam pemilihan wajah untuk menyertai siri promosinya.\rTernyata populariti yang diraihnya itu tidak mudah ditangani oleh gadis yang meraikan ulang tahun ke-24 pada 13 September lalu. \rSehingga ini, G.NA masih berusaha keras meyakinkan peminat supaya melihat kepada bakat yang dimilikinya.\r\n\n\n\n\rG.NA kurang selesa apabila susuk tubuhnya yang lebih diperkatakan, apatah lagi dia bekerja keras membuktikan kemampuannya dalam bidang seni suara.\rDaripada seorang yang pekak bunyi, G.NA berusaha mengatasi kelemahan itu kerana percaya dia mempunyai kekuatan bakat sebagai penyanyi.\r\"Sehingga hari ini saya masih bekerja keras. Selama ini apa yang terlalu kerap diperkatakan mengenai saya, cuma berlegar kepada bentuk tubuh badan saya.\r\"Saya rimas dan untuk mengatasinya, saya mendesak diri supaya gigih berlatih menyanyi supaya khalayak memandang kepada bakat yang saya miliki,\" kata gadis yang fasih berbahasa Inggeris ini.\rPermulaan kariernya menerusi mini album, Draw G\'s First Breath, tahun lalu tidak menghampakan apabila G.NA merangkul anugerah pertama\rdalam M! Countdown. \rSusulan kejayaan itu, G.NA memperkemaskan perjalanan karier nyanyiannya dengan melancarkan single terbaru, Black and White, awal Januari lalu.\rEnggan populariti yang sedang dikecapinya berlalu, G.NA hadir dengan album kedua, Top Girl yang pantas mendaki tangga selesa pada carta Billboard\'s K-Pop Hot 100.\rBiarpun semua yang dicitacitakan semakin mendekatinya, G.NA enggan pantas berasa selesa dan tidak melakukan sesuatu untuk masa depannya.\rDikenali sebagai seorang yang berhati-hati, G.NA sanggup melapangkan waktu bagi menghadiri mesyuarat dan meluahkan pandangan serta isi hatinya.\rGadis ini juga tidak menyerahkan semua aspek berkaitan produksi album dan perjalanan kariernya kepada label, sebaliknya dia akan duduk bersama berbincang mengenai hala tuju kerjayanya.\r\"Sifat ingin tahu membuatkan orang di dalam syarikat rakaman melabelkan saya sebagai penyanyi yang menggerakkan semangat mereka.\r\"Apakah itu bermakna setiap tindakan saya menyakiti mereka? Tetapi saya teruja merangka dan merencana sesuatu bersama mereka,\" katanya. \rDibesarkan dalam keluarga yang aktif bersukan, G.NA mewarisi sifat mahu sentiasa bersaing itu daripada kedua ibu bapanya.\rBarangkali kerana itu, G.NA tidak pernah mengeluh biarpun terpaksa belajar semula teknik nyanyian hanya untuk mencari kepuasan yang dimahukan.\r\"Sasaran album pertama adalah untuk memperkenalkan nama. Saya bekerja keras untuk memastikan apabila nama G.NA disebut, peminat akan tahu siapa orang yang dimaksudkan.\r\"Mungkin saya berjaya tetapi itu belum memberikan saya kepuasan penuh. Masih banyak yang perlu diusahakan, malah saya berusaha memastikan peminat tertarik dengan pesona yang saya miliki.\r\"Daripada menjadi seorang yang baik tetapi kehadiran tidak disedari, saya rela dikenali sebagai gadis nakal namun mempunyai pesona tersendiri,\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|