CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Iqra: Sejarah perjalanan hidup Rasulullah

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tajuk: Biografi Rasulullah SAW: Paparan Peristiwa dan Analisis Peristiwa, I,II dan III\rPengarang: Dr Ali Muhamad As-Salabi\rPenerbit: Berlian Publications Sdn Bhd (2008)\r\n\n\n\nPengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar\r\rBAGI mereka yang ingin mengetahui sejarah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan lebih mendalam, buku ini boleh dijadikan rujukan malah perlu diulang pembacaannya bagi memahami setiap peristiwa, sebelum kelahirannya sehingga kewafatan Baginda. \r\n\n\n\n\n\rBuku yang diterbitkan dalam tiga siri ini bermula dengan huraian peristiwa penting sebelum turunnya wahyu Allah kepada Nabi SAW, terutama berkaitan kekuasaan kerajaan besar Rom dan Parsi di tanah Arab selain asal usul bangsa dan kebudayaan Arab turut diperjelaskan secara terperinci.\rSorotan peristiwa kisah penggalian semula telaga Zamzam oleh Abdul Muttalib, datuk Nabi SAW dan kisah tentera bergajah menyerang kota Makkah sebelum kelahiran Baginda turut menjadikan buku ini menarik  bagi memahami kehidupan masyarakat di tanah Arab, sebelum penyebaran Islam.\rSejarah Rasulullah SAW sebenarnya, dapat membantu ulama memahami al-Quran pada sudut amali iaitu sebab turunnya ayat (asbab an-nuzul) dan tafsiran kebanyakan ayat serta kaitannya dengan hukum syariah yang menjadi tonggak perundangan Islam. Begitu juga peristiwa turunnya wahyu di gua Hira` dan penyebaran secara sulit di Makkah selain penentangan puak Quraisy terhadap Rasulullah dijelaskan dengan teliti di dalam buku ini.\rSusur galur sejarah hijrah Nabi SAW ke Madinah yang berlaku selepas penghijrahan segelintir penganut awal Islam ke Habsyah dan pertemuan dengan raja Kristian, An-Najasyi turut dimuatkan bagi memudahkan pembaca melihat hubungan raja Kristian yang menerima dakwah Islam dengan pemerintah Rom yang mengoyak surat diutuskan Nabi SAW serta membunuh utusan ketika gerakan menyebarkan Islam ketika Nabi di Madinah.\rPeristiwa perang yang membabitkan Rasulullah SAW turut dianalisis secara teliti, bermula dengan perang Al-Fijar ketika Baginda masih remaja di Makkah (sebelum Baginda menjadi Nabi dan Rasul), sehingga perang Tabuk pada 9 Hijrah, semuanya diperjelaskan. Sebagai contoh bagi Perang Tabuk yang turut dikenali perang al-Usrah bagi menentang kerajaan empayar Kristian Rom di sempadan Madinah-Syam, pengarang memberi huraian jelas mengenai punca peperangan, sikap orang munafik, mukjizat dan kesukaran dihadapi tentera Islam ketika berperang pada musim panas. Semua ini turut dikaitkan pengarang dengan asbab turunnya surah At-Taubah yang sebahagian besar berkaitan perang berkenaan.\rKunjungan Rasulullah ke Makkah bagi mengerjakan Haji Wada` pada 10 Hijrah turut juga dihurai dengan contoh menarik terutama kesan khutbah di Arafah kepada umat Islam secara keseluruhannya. Turut dianalisis pengarang buku ini ialah wasiat dan kehidupannya pada hari-hari terakhir sebelum Baginda wafat.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036020 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list