CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

PINTAR Foundation

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sedia program tingkat kecemerlangan pentadbiran sekolah\rPENGANJUR program bimbingan pendidikan Pintar Foundation yang diterajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan program pengurusan pentadbiran kepada guru besar, pengetua dan penolong kanan dalam usahanya mengekalkan kecemerlangan.\r\n\n\n\n\r  Program Kepemimpinan yang bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang iaitu cemerlang akademik dan pembangunan sahsiah disertai 52 pentadbir sekolah daripada 26 sekolah angkat syarikat GLC seluruh Semenanjung Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n  Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut, Pahang, Rodziah Mohd Radzali, berkata program berjaya menyuntik semangat dan inspirasi peserta supaya lebih gigih mentadbir bagi menghasilkan generasi kreatif dan inovatif.\rBeliau berkata, sekolahnya bertuah kerana berpeluang menjadi anak angkat Malaysia Airlines (MAS) memandangkan pendedahan mengenainya terlalu kurang terutama di kawasan tempatnya bertugas.\rKatanya, pada program itu dia berpeluang berjumpa dan mendengar usaha pengurusan sekolah pedalaman pertama mendapat gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu SK Ulu Lubai, Limbang, Sarawak menerusi ucapan Guru Besarnya, Jaul anak Bunyau.\r“Selepas beliau (Jaul) berkongsi pengalamannya, saya sedar tidak mustahil sesebuah sekolah berjaya walaupun kekurangan infrastruktur,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup program berkenaan di Akademi MAS, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Pengerusi PINTAR Foundation, Tan Sri Arshad Ayub; Perunding Pengurusan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengarah Program PINTAR, Karimah Tan Abdullah.\rGuru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Perkampungan Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Chan Yee Peng, berkata program julung kali itu menyalurkan maklumat menerusi perkongsian pengalaman antara pentadbir dan penganjur.\rKatanya, dia juga memberikan idea untuk melaksanakan perubahan terhadap sekolahnya yang menjadi sekolah angkat UMW itu.\r“Kadangkala kita tidak mahu melakukan perubahan kerana sudah selesa, bagaimanapun program ini memberi semangat melakukan apa yang dirasakan perlu untuk kebaikan warga sekolah,” katanya.\rGuru Penolong Kanan Pentadbiran SK Ringlet, Cameron Highland, Zairi Abdullah, berkata pengisian program memberinya semangat untuk berkhidmat dengan penuh azam selain menjalin kerjasama erat dalam kalangan warga sekolahnya dengan masyarakat setempat.\rPentadbir sekolah angkat Tenaga Nasional Berhad itu berkata, walaupun tidak begitu cemerlang dalam akademik, namun belum terlambat untuknya memperbaiki pentadbiran dan memperkukuhkan sesi pengajaran dan pembelajaran.\rGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kompleks KLIA, Sakdiah Abd Rahman, berkata sebelum ini dia hanya bercadang untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal.\rBagaimanapun katanya, dengan menyertai program berkenaan, memberikannya semangat untuk meneruskan perjuangan dan yakin dapat menamatkan perkhidmatan pada jawatan lebih tinggi.\rKatanya, program itu memberinya keyakinan untuk bergelar pengetua, sebelum ini tidak pernah diimpikannya memandangkan tugasan yang berat.\r“Selepas mengetahui mengenai lima peringkat pengurusan dibentangkan Datuk Mary, barulah saya sedar yang selama ini ciri-ciri seorang pengetua memang ada dalam diri saya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047819 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list