CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Puisi Riong menghitung hari

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
1Bahasa 1Bangsa 1Negara gabung penyair dan artis pelbagai bangsaTIRAI Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Ruang Legar Pusat Beli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Sabtu ini, jam 8.30 malam akan dibuka dengan persembahan dari penuntut Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA).\n\n\n\nKetua Pembantu Tadbir ISMMA, Ishak Mohd Shariff berkata, beberapa penuntut ISMMA akan terbabit menyampaikan beberapa lagu puisi yang bersesuaian dengan tema 1Bahasa 1Bangsa 1Negara seperti ditetapkan penganjur.\n\n\n\n\n\nAntara lagu yang akan disampaikan mereka pada malam itu ialah Masihkah Kau Ingat yang dipopularkan kumpulan Kopratasa, Seni Berzaman (To’ki) dan lagu ciptaan penuntut ISMMA, Di Daksinar Ini. “Persembahan nyanyian lagu puisi itu akan turut diiringi muzik ‘unplug’ yang akan dimainkan oleh penuntut dan kakitangan ISMMA bagi memastikan persembahan dapat dinikmati secara lebih berkesan.“Kami berharap persembahan pembukaan yang akan disampaikan pada malam itu nanti dapat memeriahkan lagi Malam Puisi Riong BH-DBP yang menjadi sebahagian daripada pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan 2011,” katanya ketika dihubungi Sastera.ISMMA yang ditubuhkan pada 1994 bagi membantu meningkatkan taraf akademik dalam bidang seni kepada rakyat Melaka pernah menjayakan Pesta Sungai Melaka pada 2006 - 2010, Festival Songket dan Batik Negeri Melaka (2004 - 2007) dan menyelaras Majlis Perasmian dan Jamuan Makan Malam sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (2004 - 2010).\n\n\n\nSelain itu, ISMMA juga pernah menyertai program Pemartabatan Tamadun Melayu Serumpun Ke-III di Pekan Baru, Riau, Indonesia pada 2009, Festival Seni Tari Serumpun di Singapura (2006) dan Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun di Bengkalis, Riau (2005).Malam Puisi Riong BH-DBP anjuran BH dan DBP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka serta ISMMA akan turut menerima sentuhan daripada pemuisi berbangsa India, Thilanadhan; pemuisi berbangsa Cina, Asisten Superintendan (ASP) Foo Chek Seng dan Goh Hin San.Persembahan puisi daripada suku Chetti  akan diwakili K Mohan; persembahan dondang sayang oleh pemuisi berketurunan Portugis Noel Felix; wakil Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) Nor Afliza Arshad dan wakil Ikatan Persuratan Melayu Melaka, Mokhtar Yasin, dijadualkan turut beraksi.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga sudah menyatakan kesediaan untuk beraksi di pentas puisi, selain Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, Datuk Gan Tian Loo; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar; Ketua Pengarang BHSB, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.Penyanyi genit berketurunan Cina yang juga juara pertandingan realiti, One In A Million, Suki; bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Keempat, Haziq dan vokalis Kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia turut dijangka menggegarkan Malam Puisi Riong BH-DBP.Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Sallehuddin Abang Shokeran, ketika dihubungi berkata, pemilihan Ruang Legar Pusat Beli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall dibuat bagi menarik perhatian lebih ramai khalayak untuk mengikuti program berkenaan.“Semua pihak yang terbabit menganjurkan program ini bersetuju ia diadakan di tempat terbuka yang menjadi tumpuan orang ramai kerana menjadi harapan kami pendekatan ini dapat menggalakkan orang di luar kelompok sastera untuk turut sama menyaksikan acara deklamasi puisi.Sallehuddin berkata, lokasi itu sebelum ini kerap digunakan sebagai tempat penganjuran beberapa acara lain yang kebanyakannya anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan diharapkan masyarakat di sekitar Melaka akan merebut peluang menyaksikan program yang dibuka secara percuma.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.119658 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list