View: 112|Reply: 0
|
Saranan PRISM dapat perhatian
[Copy link]
|
|
FIM sedia beri sokongan kepada Malaysia untuk sertai WPPT\rSENARIO dunia rakaman muzik di setiap negara di dunia membabitkan hak cipta harta intelek muzik tidak lari berhadapan dengan masalah yang sama. Di mana keuntungan diperoleh oleh penghibur atau artis dan pemuzik adalah sangat tidak memihak kepada mereka. \r\n\n\n\n\rSebagai contoh, jualan muzik di internet berdasarkan amalan pasaran muzik hari ini, hanya memberi bayaran sehingga 4 sen untuk setiap 99 rakaman yang terjual atau dimuat turun. \r\r\n\n\n\n\nLebih-lebih kepada lagi pelaku (penyanyi dan pemuzik) sememangnya sudah kehilangan hak eksklusif apabila sesuatu rakaman diadakan bagi tujuan komersial sama ada bagi persembahan televisyen, radio, digital atau medium lain. \rIa kerana Akta Hak Cipta 1987 di bawah artikel 16A (2) menyatakan pelaku akan kehilangan segala hak eksklusifnya di bawah subseksen (1) apabila mereka memberi persetujuan bagi penetapan atau rakaman. \rMereka tidak ada hak lagi untuk menuntut hak menerusi rakaman atas artikel 16A (1) Akta Hakcipta 1987.\rDi sinilah lesen undang-undang atau Akta Hak cipta setiap negara memainkan peranan penting. Di negara seperti Perancis dan Sweden, levi hak cipta dan pembayaran diterima seadilnya oleh artis. \r\n\n\n\n\rPendapatan sebenarnya seseorang penyanyi bergantung pada keseimbangan hubungan dengan produser. Perjanjian kolektif boleh diadakan dalam menentukan hitam putih peratus bayaran kepada penyanyi atau pemuzik. \rJika tidak, mengikut Artikel 12 Konvensyen Rome (Malaysia belum menyertainya) ataupun Artikel 15 oleh Perjanjian Persembahan dan dan Fonogram Dunia (WPPT) boleh dijadikan panduan dalam menentukan bayaran kepada penggiat muzik.\rAdalah penting akta ini digunakan memandangkan bilangan artis kini memonopoli tempat tertinggi dalam legasi dunia kreatif.\rIa diakui Persekutuan Pemuzik Antarabangsa (FIM) yang beribu pejabat di Paris dengan menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu bayaran penyiaran dan komunikasi awam yang terkandung dalam Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia.\rPengarah Sekretari FIM, Benoit Machuel berkata, penggubalan artikel 15(1) dan 15(2) dalam WPPT akan membawa Malaysia sejajar dengan negara lain yang membenarkan penghibur, pemuzik dan produser menerima royalti setimpal apabila persembahan atau karya mereka dipentaskan atau disiarkan di media elektronik.\r“Pihak kami amat menyokong usaha Performer & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (PRISM) di dalam memperjuangkan nasib artis di Malaysia dan sememang itulah juga perjuangan FIM di dalam menyokong badan kutipan royalti seluruh dunia yang menyertai Badan Persatuan Induk Antarabangsa Mengendalikan Hak Pelaku (SCAPR).\r“Seharusnya, produser rakaman menerima hak eksklusif manakala penghibur pentas menerima bayaran setimpal, namun situasi diskriminasi wujud apabila penghibur atau artis tidak menerima bayaran yang berbaloi,” katanya menerusi kiriman emel kepada Hip.\rMachuel berkata demikian sebagai mengulas saranan Performer & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (PRISM) supaya kerajaan menggubal Akta Hak Cipta 1987 dengan meminda beberapa perkara dalam artikel akta berkenaan supaya penyanyi dan pemuzik juga berhak menikmati bayaran royalti setiap kali mereka mengadakan persembahan terbuka di tempat awam atau tujuan siaran komersial. \rPRISM juga turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya Malaysia menjadi ahli kepada Konvensyen Rome (1961) dan WPPT (1996). \rKonvensyen Rome adalah perjanjian antarabangsa yang khas untuk perlindungan hak pelaku, manakala WPPT menawarkan hak lanjutan perlindungan eksklusif untuk pelaku termasuk konteks teknologi digital seperti internet dan telekomunikasi dan yang paling penting, hak pelaku akan terpelihara ketika rakaman mereka disebarkan melalui teknologi baru.\r“Buat masa ini Malaysia hanya menyertai Konvensyen Berne yang disertainya pada 1 Oktober 1990 yang memberi perlindungan penuh kepada karya seni dan sastera saja.\rMenurut Machuel, ketika ini realitinya kebanyakan pemuzik profesional dunia bergantung pada akta artikel 15 WPPT sebagai signifikasi pendapatan disamping skim bayaran hak cipta persendirian yang sudah dilaksanakan.\r“Ia berbeza dengan produser yang menerima pelbagai pendapatan berlesen, majoriti penghibur terpaksa membeli hak ekslusif dalam usaha melindungi nilai atau harga karya mereka,” katanya.\rPenggubalan artikel 15 (1) dan (2) adalah satu-satunya jalan keluar bidang penyiaran dan komunikasi bagi membantu pelaku menerima pendapatan dan bayaran setimpal hasil kerja mereka. \rAdalah tidak adil kepada penggiat seni antarabangsa jika Malaysia kekal berpegang kepada sistem keuntungan yang berpihak pada sebelah pihak saja.\rINFO:\rFIM yang beribu pejabat di Paris diasaskan pada 1984 adalah satu-satunya kesatuan yang mewakili pemuzik, penggiat, persatuan antarabangsa berhubung hakcipta.\rSehingga kini lebih 70 negara di dunia sudah menjadi ahli FIM dan sebagai badan bukan kerajaan yang diiktiraf oleh kuasa antarabangsa seperti Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO, Parlimen Eropah). FIM turut menjadi ahli Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|