CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Selepas 10 gelaran Chong Wei ‘bersara’

[Copy link]
Post time 16-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tak mahu sertai sirkit tempatan tahun depan\rIBARAT langit dan bumi! Itulah rumusan tepat aksi final antara Lee Chong Wei dan Goh Soon Huat apabila jaguh perseorangan itu mudah menumbangkan lawannya untuk mengungguli Grand Prix (GP) Sirkit Kebangsaan 2011 di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.\r\n\n\n\n\r  Kemenangan 21-15, 21-5 dalam tempoh 29 minit membolehkan Chong Wei merangkul kejuaraan GP Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut dan yang terakhir buatnya selepas memutuskan tidak akan bertanding tahun depan bagi memberi peluang kepada pemain lain.\r\r\n\n\n\n\n  “Bagi saya, tidak kira sirkit tempatan atau antarabangsa, ia sama penting tetapi saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memahami keputusan saya kerana tahun depan adalah tahun penting untuk fokus kepada Sukan Olimpik.\r“Lagipun, sudah tentu sukar untuk saya beraksi dalam sirkit tempatan kerana sering bertembung dengan kejohanan antarabangsa,” katanya yang terus terbang ke Copenhagen malam tadi untuk menghadapi Siri Super Premier Terbuka Denmark, bermula Rabu ini.\rChong Wei berkata, dia yakin keputusan itu juga akan membuka saingan lebih sengit kepada pemain lain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng.\r“Kemampuan mereka setara, tetapi saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri antara pemain terbaik dunia,” katanya yang membawa pulang RM7,000 sementara Soon Huat, RM3,600.\r\n\n\n\n\r“Aksi menentang Chong Wei menjadi pengalaman berharga dan membuktikan masih banyak yang perlu saya pelajari,” kata Soon Huat. \rKEPUTUSAN FINAL\rPerseorangan Lelaki: Lee Chong Wei mn Goh Soon Huat  21-11, 21-5; Perseorangan Wanita: Lydia Cheah mn Tee Jing Yi  21-14, 21-17; Beregu Lelaki: Mohd Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock mn Mohd Lutfi Zaim-Vountus Indra Mawan 19-21, 21-15, 21-19; Beregu Wanita: Vivian Hoo-Woon Khe Wei mn Chin Eei Hui-Goh Liu Ying 17-21, 21-15, 21-15; Beregu Campuran: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei 21-15, 21-14

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list